|
GAMBAR HIASAN
Rembau: Tidak hanya menjadi punca banjir besar di Pantai Timur malah Peralihan Monsun Timur Laut (MTL)
turut mengakibatkan ribut kencang yang merosakkan 60 rumah di daerah ini sejak awal tahun ini.
Pegawai Daerah Rembau, Mohd Zamri Mohd Esa berkata, kerosakan membabitkan 32 rumah di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kota dan 28 kediaman di Dun Chembong apabila struktur rumah diterbangkan angin.
"Kerajaan negeri menerusi dana Tabung Bencana Alam sudah membantu membaik pulih kerosakan yang berlaku dan ia membabitkan kos kira-kira RM100,000.
"Boleh dikatakan hampir setiap hari kami terima aduan bumbung rumah penduduk di daerah ini diterbangkan angin kuat ekoran peralihan MTL yang berlaku," katanya tadi.
Mohd Zamri berkata, pihaknya menerusi jawatankuasa Sekretariat Bencana Alam mengambil langkah berwaspada, namun setakat ini bencana yang berlaku masih dalam keadaan terkawal.
Tambahnya, berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, keadaan angin kuat tu dijangka akan berterusan dan bakal berakhir Mac depan.
Menyentuh mengenai kriteria kelayakan bantuan membaiki rumah, beliau berkata, terdapat beberapa kriteria ditetapkan dan bukan semua aduan kerosakan akan baiki.
"Kami akan melihat dari segi kemampuan fizikal kewangan penduduk, tahap kerosakan dan kos diperlukan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... duan-bumbung-hilang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|