CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8523|Reply: 1

[Selangor] Lelaki ditemukan tidak sedarkan diri, disahkan meninggal dunia

[Copy link]
Post time 19-2-2024 03:10 PM | Show all posts |Read mode

LELAKI ditemukan tidak sedarkan diri di rumah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital. FOTO Ihsan Bomba

Cyberjaya: Lelaki yang mengalami masalah perceraian meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Serdang selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kediamannya di sebuah kondominium di Taman Putra Prima, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.06 pagi dan terus ke lokasi kejadian.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke lokasi.

"Sebaik tiba di lokasi didapati lelaki berusia 38 tahun terbaring di ruang tamu dan tidak sedarkan diri dengan gas penghawa dingin berhampirannya.



"Anggota memberi bantuan pernafasan dan diserahkan kepada pasukan perbuatan Kementerian Kesihatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Muklis berkata, mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan namun dia tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di hospital.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-meninggal-dunia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 03:51 PM | Show all posts
mungkin dia stress sgt sebab perceraian
aku pun risau jgak exhubby iols dulu meroyan lain mcm lama dia baru nk berdamai dengan ketentuan. aku bagi semua anak2 duk dgn dia dulu lama-lama baru dia lepaskan sbab tak larat nak jaga..alah masa sama2 mananya dia nak jaga tiber lak nk jaga. itu takpe..proses tu yg akan menyembuhkan luka. eh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.043108 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list