CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3845|Reply: 0

[Negeri Sembilan] ‘Sedih sangat tengok wajah isteri jadi lebam’

[Copy link]
Post time 21-2-2024 08:52 AM | Show all posts |Read mode

KEMALANGAN yang mengorbankan seorang wanita di Kilometer37.8 Seremban-Tampin dekat Pekan Kota, Rembau kelmarin.

REMBAU – Luluh hati seorang lelaki saat menerima berita iste­rinya maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van klinik pergigian di Kilometer 37.8 Seremban-Tampin, dekat Pekan Kota, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, Nana Toni, 32, parah sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rembau, manakala anak sulung yang berusia tiga tahun patah kaki serta tulang pinggul.

Nana yang mengandung empat bulan dan anaknya ketika kejadian dalam perjalanan pulang selepas menjalani pemeriksaan tekanan darah tinggi di Klinik Kesihatan Kota dengan menaiki motosikal ditunggang adiknya.

Menurut Nor Saiful Atap, 31, dia menerima panggilan mengenai kemalangan yang me­nimpa isteri yang dikahwini enam tahun lalu dan anaknya ketika sedang bekerja sebagai pemotong rumput di Labu.

“Sebaik menerima berita, saya terus ke hospital dan dimaklumkan bahawa isteri sudah meninggal. Saya pandang wajah isteri yang lebam, luluh hati ini, sekelip mata saya hilang isteri dan anak dikandung.

“Kami baru sahaja beberapa jam terpisah, saya pulang ke Labu pagi semalam (kelmarin) kerana bekerja, kami pasangan jarak jauh dan akan bertemu semula setiap hari Sabtu,” katanya.

Tambah Nor Saiful, anak sulungnya yang patah kaki dan tulang pinggul kini sedang dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, manakala isteri akan disemadikan di perkampungan Orang Asli Kampung Sri Kendong, di sini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dinaiki mangsa, anaknya dengan van klinik pergigian kira-kira pukul 3 petang kelmarin.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang adik lelaki mangsa telah dilanggar sebuah van ketika sedang menukar lorong ke kanan untuk masuk ke simpang Pekan Kota. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -isteri-jadi-lebam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.125232 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list