CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6797|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Cucu saudara kerap cerita mengenai rumah baharu

[Copy link]
Post time 21-2-2024 02:47 PM | Show all posts |Read mode

AMIR Zulhairi berkata Umar (gambar kecil) selalu menceritakan berkenaan rumah baharu. FOTO Abnor Hamizam Abd Manap

Jempol: Kanak-kanak yang maut dihempap pokok di Taman Eko Rimba (TER) Serting Ulu tengah hari semalam Kerap memberitahu ada rumah baharu kepada datuk saudaranya.

Allahyarham Umar Din Ayden Aminuddin, 4, meninggal dunia selepas dihempap pokok di Taman Eko Rimba (TER) Serting Ulu.

Amir Zulhairi Mohd Yusof, 48, berkata, cucu saudaranya yang mesra dipanggil Umar itu kerap berkata demikian setiap kali mereka bertemu susulan kediamannya berdekatan.

"Saya ingat dia bercerita mengenai rumah baharu yang ibunya beli. Kita pun mengiyakanlah sebab sejak dua minggu ini memang itu yang kerap dia cakap.



"Lagipun, Umar ini memang seorang yang periang dan ceria orangnya, tambahan pula anak-anak saya pun lebih kurang sebaya dengan arwah jadi memang rapatlah," katanya ketika ditemui di Kampung Serting Tengah di sini, hari ini.

Amir Zulhairi berkata, datuk mangsa yang juga abang iparnya,Abd Rahman Samad, 61, masih terkesan dengan insiden yang menimpa cucunya.

Menurutnya, Umar ada dua beradik, yang mana kakaknya, Nor Adora Ayden, 9, juga cedera dalam kejadian berkenaan, namun stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah.

"Abang ipar bersara awal sebagai guru besar kerana ingin menjaga dua cucunya itu bersama isterinya iaitu kakak saya, Fatimah. Malah abang ipar sanggup membina sebuah kolam renang di kediamannya untuk cucunya beriadah," katanya.

Amir Zulhairi yang merupakan Pegawai Kawalan Trafik Udara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur berkata, dia tidak mengetahui situasi sebenar kejadian itu berikutan sedang bekerja tetapi dimaklumkan Umar ke lokasi bersama kakak dan ayahnya.

Sementara itu tinjauan di lokasi kejadian mendapati terdapat notis daripada Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan yang memaklumkan Taman Eko Rimba berkenaan ditutup sementara waktu sehingga diberitahu kelak.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ngenai-rumah-baharu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.194598 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list