View: 7669|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Cium anak jiran, penganggur dipenjara empat tahun, satu sebatan
[Copy link]
|
|
GAMBAR HIASAN
Kuala Lumpur: Seorang penganggur dipenjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap anak jirannya di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sungai Besi, dua tahun lalu.
Mohamad Zulkhairi Rosli, 22, dikenakan hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim Mohd Kafli Che Ali.
Mahkamah memerintahkan lelaki bujang itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 3 Ogos tahun lalu.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal termasuk mencium pipi seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun empat bulan (ketika kejadian) bagi tujuan seksual di kawasan tangga tingkat 11 di sebuah PPR di Sungai Besi pada 3.30 petang, 25 Jun 2022.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Mengikut fakta kes, seorang wanita berusia 28 tahun yang juga ibu mangsa mendapati anak perempuannya masuk ke dalam rumah dalam keadaan tergesa-gesa dan ketakutan.
Apabila ditanya, mangsa memberitahu seorang lelaki memanggilnya ke arah tangga, kemudian terus mencium pipi dan merabanya, mangsa yang terkejut dan takut terus menolak lelaki itu serta berjaya melarikan diri.
Mendengar kenyataan itu, ibu mangsa membuat laporan polis dan lelaki itu ditahan di hadapan sebuah surau pada 3 Ogos tahun lalu.
Dalam prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya Noorhani Muhmmed Ayub memohon hukuman penjara dan sebat sebagai pengajaran dengan mengambil kira mangsa berusia lapan tahun manakala lelaki itu merayu dikenakan hukuman ringan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tahun-satu-sebatan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|