View: 7761|Reply: 0
|
[Terengganu]
Terengganu bakal hasilkan video pendidikan bahaya mandi pantai, beri kesedaran awal
[Copy link]
|
|
Razali (kiri) menziarahi keluarga Allahyarham Zulkarnain. - Foto ihsan Datuk Razali Idris
KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu akan menghasilkan video pendidikan mengenai bahaya bermandi-manda di pantai, terutama ketika musim Monsun Timur Laut (MTL), untuk diedarkan kepada hotel dan penggiat sektor pelancongan di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris, berkata kerajaan negeri juga akan memperbanyak pemasangan poster serta papan tanda amaran bahaya ombak besar dan larangan mandi di pantai yang dikenal pasti mempunyai risiko insiden lemas.
"Video pendidikan itu akan diedarkan kepada semua hotel dan penggiat sektor pelancongan di Terengganu untuk ditayangkan bertujuan memberi kesedaran awal kepada pengunjung.
"Negeri ini mempunyai banyak lagi kawasan selamat untuk pelancong melakukan aktiviti beriadah ketika MTL," katanya, semalam.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu menziarahi dan mengucapkan takziah kepada Nora Elina Abdul Khalil, 44, iaitu balu Zulkarnain Mohamed Zubir yang ditemukan lemas pada Isnin lalu selepas ditarik arus deras ketika bermain ombak di Pantai Batu Burok kira-kira jam 11.20 pagi hari sebelumnya.
Mengulas lanjut, Razali berkata, kerajaan negeri mewajibkan semua hotel dan inap desa terutama di tepi pantai, untuk mengingatkan pelanggan mengenai bahaya mandi pantai sepanjang tempoh MTL yang dijangka berakhir pada hujung Mac depan.
"Kita juga meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang lebih banyak papan tanda amaran larangan mandi di pantai dikenal pasti yang menjadi tumpuan pengunjung setiap kali musim cuti," katanya.
Mengulas kawah air dikesan di dasar laut sepanjang Pantai Batu Burok pula, Razali berkata, kawah itu terbentuk disebabkan pusaran air.
"Kita dimaklumkan bahawa kawah air bukan saja terdapat di Pantai Batu Burok, malah beberapa lagi pantai di negeri ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-mandi-pantai-beri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|