CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5667|Reply: 0

[Pahang] Pukat pari 'pembunuh' penyu

[Copy link]
Post time 25-2-2024 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Pukat pari 'pembunuh' penyu

OlehNORAWAZNI YUSOF
25 Februari 2024 03:27pm




Bangkai penyu agar yang ditemui dipesisir pantai Kampung Cherating. Foto: Jabatan Perikanan Pahang, gambar kecil: Abdullah




KUANTAN - Penggunaan pukat pari atau pukat hanyut oleh nelayan dipercayai antara punca tiga penyu agar dewasa ditemukan mati di perairan negeri ini dalam tempoh dua bulan tahun ini.

Pengarah Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, tiga kes reptilia tersebut ditemukan, masing-masing seekor di Rompin dan terbaharu membabitkan kes di Sungai Ular dan Kampung Cherating, di daerah ini.



Menurutnya, reptilia terbabit dikatakan tersangkut pada pukat kerana terdapat kecederaan serius fizikal sebelum ditemukan selepas seminggu kejadian.

"(Pemeriksaan) di kepala penyu terbabit bengkak dan badan berdarah. Kegiatan nelayan menangkap ikan menggunakan pukat pari dipercayai penyebab utama kematian penyu dewasa.



"Penyu akan mati apabila tersangkut pada pukat berkenaan disebabkan tidak boleh timbul ke permukaan air untuk jangka masa lama. Jadi, kita memandang serius kes ini kerana kebanyakannya disebabkan kecuaian manusia yang tak patuh peraturan ditetapkan," katanya pada Ahad.

Pada Selasa lalu, apabila bangkai penyu agar ditemukan di pesisir pantai Sungai Ular dengan kesan kecederaan fizikal, disusuli kes kedua Jumaat di pantai Kampung Cherating.

Beliau memberi peringatan kepada nelayan agar tidak menggunakan pukat hanyut atau pukat pari yang matanya melebihi 10 inci.

Jelasnya, mengikut Peraturan-Peraturan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980, Seksyen 25 Akta Perikanan 1985, mereka yang bersalah boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.




Abdullah menambah, nelayan juga diminta untuk supaya melepaskan semula penyu yang tersangkut pada pukat dan tidak mencederakan reptilia terbabit.

"Kita galakkan nelayan menggunakan alat penyisih penyu khususnya bot pukat tunda.




"Selain itu, terdapat juga kes kematian penyu disebabkan terkena kipas bot. Jadi, Saya harap nelayan, masyarakat pandang serius perkara ini bagi mengelakkan populasi haiwan ini berkurang," katanya.

Tahun lalu, sebanyak sembilan kematian penyu agar direkodkan berbanding 10 kes pada tahun sebelumnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 1.458319 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list