View: 5440|Reply: 7
|
India Cipta Pil Harga Rm5.70 Rawat Penyakit Kanser
[Copy link]
|
|
NEW DELHI – Institut TATA di Mumbai mencipta pil yang boleh mencegah kanser daripada berulang dan menghalang kesan sampingan semasa rawatan penyakit itu sebanyak 50 peratus, lapor portal berita RT kelmarin.
Menurut akhbar Economic Times, kejayaan itu diperoleh selepas penyelidikan dilakukan terhadap pil baharu tersebut selama satu dekad.
Pil dikenali sebagai R+Cu itu mempunyai ciri prooksidan seperti resveratrol dan kuprum yang boleh melawan kanser.
Ubat itu itu juga berkesan dalam merawat kanser pankreas, paru-paru, dan mulut, demikian menurut penyelidik yang menciptanya.
Pil itu dijangka berharga hanya 100 rupee (RM5.72).
Ketika ini, R+Cu sedang menunggu kelulusan Pihak Berkuasa Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) dan berkemungkinan dikeluarkan dalam pasaran antara Jun atau Julai tahun ini.
Kata seorang pakar Hospital Memorial Tata, Dr Rajendra Badve , kesan sampingan pil itu telah diuji pada tikus , manakala ujian klinikal terhadap manusia masih dilakukan.
“Ia akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk menyelesaikan ujian berkenaan ke atas manusia,” katanya dalam temu bual dengan NDTV. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
So ubat ni dah approved ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sampai level mana?
Kata seorang pakar Hospital Memorial Tata, Dr Rajendra Badve , kesan sampingan pil itu telah diuji pada tikus , manakala ujian klinikal terhadap manusia masih dilakukan. |
|
|
|
|
|
|
|
aku harap ianya bejaya. mungkin juga perlu dilanjukan penyelidikannya supaya keberkesanan meningkat. .. berita paling penting disini ialah harganya yang murah, klu syarikat barat tak mungkin dapat harga mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Ye..cukup2lah import dr barat...nak keluarkan medication perlukan modal besar so lucky tata ni byk duit mampu keluarkan modal dan jd competitor...semoga berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu ada ubat yang boleh improve or repair kerosakan DNA ok jugak. ke long shot sangat ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Company Malaysia bila lagi? Ramai je yg ada phd buat hiasan di dinding sajok |
|
|
|
|
|
|
| |
|