CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7691|Reply: 0

[Negeri Sembilan] ‘Detik ini memang paling ditunggu-tunggu Nur Adlina’

[Copy link]
Post time 4-3-2024 03:25 PM | Show all posts |Read mode

Anuar Ahmad dan isteri, Aminah Sahadan menerima skol Diploma Kosmetologi mewakili Allahyarham Nur Adlina Nabilah, 20, yang disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

SEREMBAN – Biarpun sebak, namun pasangan suami isteri, Anuar Ahmad 49 dan isteri, Aminah Sahadan 46, tetap kuatkan semangat menerima Anugerah Anumerta buat Allahyarham puteri kesayangannya, pada Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM kali ke-8 2023 di Dewan Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan.

Hanya linangan air mata dan perasaan sebak mengiringi langkah pasangan suami isteri itu, ketika menerima skol Diploma Kosmetologi mewakili Allahyarham Nur Adlina Nabilah, 20, yang disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Nur Adlina yang merupakan graduan dari Kolej Vokasional Sungai Petani 2, meninggal dunia pada 25 Disember tahun lalu akibat kemalangan jalan raya di Air Itam, Penang ketika dalam perjalanan pulang menunggang motosikal ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah.

Menurut Aminah, walaupun hasrat melihat puteri kesayangnnya naik ke atas pentas untuk mengambil diploma tidak kesampaian, namun dia berbangga dengan pencapaian Allahyarham Nur Adlina.

“Detik inilah memang paling ditunggu-tunggu Allahyarham kira-kira dua, tiga minggu sebelum dia habis praktikal,tetapi Allah SWT lebih sayangkan dia,” katanya yang memberitahu Allahyarham Nur Adlina telah sebulan bekerja di sebuah hospital di Pulau Pinang.

Kata Aminah, anak perempuan tunggalnya daripada dua beradik itu merupakan anak yang sangat baik dan sangat rapat dengannya.

Sementara itu, dalam perkara berlainan, pelajar Abdullah Amien Nazri 21 telah mendapat Anugerah Menteri Pendidikan (AEMP) pada majlis konvokesyen tersebut.

Graduan jurusan Diploma Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web dari Kolej Vokasional Shah Alam berkata, syukur diatas penganugerahan ini kerana dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk mendapat anugerah tertinggi seperti ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... -tunggu-nur-adlina/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 1.157484 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list