View: 7251|Reply: 0
|
[Selangor]
Isteri bersalin, suami bertarung nyawa di ICU
[Copy link]
|
|
NUR Fateha menjaga suaminya, Muhammad Zulhilmi yang menghidapi penyakit Brugada Syndrome sejak 10 bulan lalu.
Puchong: Lumrah setiap wanita mahu ditemani suami tersayang ketika kelahiran anak pertama, namun seorang wanita terpaksa menempuh detik itu berseorangan kerana pada waktu yang sama suaminya sedang bertarung nyawa di unit rawatan rapi (ICU).
Situasi sukar itu dilalui Nur Fateha Isahak, 32, ketika melahirkan anak tunggalnya, Fatma Aurellia Zandra Muhammad Zulhilmi ketika suaminya, Muhammad Zulhilmi Zulkurnain, 32, dirawat kerana sindrom Brugada atau masalah saluran darah koronari tersumbat.
Berkongsi kisahnya Nur Fateha berkata, pada mulanya suami diserang sawan dan jantungnya juga terhenti ketika mereka pulang ke kampungnya di Melaka pada 4 Mei tahun lalu.
"Dalam perjalanan ke hospital saya periksa nadi suami sudah tiada dan sebaik tiba di hospital.
"Selepas pasukan perubatan memberi bantuan pernafasan dan nadi suami kembali ada cuma lemah, doktor minta kami bersiap sedia kerana keadaannya itu.
"Ketika itu saya sedang sarat terus lemah lutut, dunia terasa gelap mendengar berita itu dan selepas dua hari suami di ICU saya melahirkan anak tanpanya di sisi," katanya ketika ditemui di rumah ibu mentua di Pangsapuri Elina di sini.
Menurutnya, dia sedih kerana suami tidak dapat menemaninya di dewan bersalin dan iqamah bayi perempuan mereka kerana itu impian Muhammad Zulhilmi yang dinantikan sepanjang empat tahun perkahwinan mereka.
"Suami paling teruja menantikan kelahiran anak, malah dia turut menyiapkan nama untuk bayi dan mendaftar penyertaan kelas persediaan bersalin serta belajar mendukung bayi tetapi dia pula tidak merasainya apabila anak kami sudah dilahirkan.
"Suami ketika ini hanya terlantar tidak boleh gerakkan badan, hanya boleh gerakkan mata dan mulut saja.
"Pandangannya kosong walaupun saya tunjuk anak kami dia tidak pernah beri respon yang membuatkan saya sedih sangat," katanya.
Menurutnya, dia sudah berhenti kerja dalam bidang pengurusan kerana mahu menjaga suami dan mereka juga berpindah ke rumah mentua, Rajimah Abdullah, 62, dan Zulkurnain Zakaria, 63, kerana sejak suami sakit pendapatan mereka terjejas.
"Doktor beritahu tiada ubat untuk penyakit suami kerana penyakitnya rare dan ia adalah genetik walaupun tiada ahli keluarganya menghidap penyakit itu," katanya memberitahu suaminya mendapat bantuan daripada pihak berkaitan.
Menurut Nur Fateha, ujiannya tidak berhenti di situ apabila ibu tersayang, Rubiah Md Deni, 66, diuji kanser paru-paru tahap empat sebelum meninggal dunia selepas sebulan didiagnosis penyakit itu.
"Ujian memang terasa berat sangat dengan keadaan suami dan kehilangan ibu tetapi saya kuatkan semangat demi anak kami dan bernasib baik ibu bapa mentua serta keluarga lain banyak membantu," katanya kini menguruskan perniagaan minyak wangi kecil-kecilan suaminya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tarung-nyawa-di-icu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|