CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7571|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Untung 'letak tepi' demi pahala

[Copy link]
Post time 7-3-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode

ROSLINA turut memberi air percuma kepada penghantar makanan yang singgah di kedai.

Kuala Lumpur: "Saya menjual air ini pada harga RM1 sahaja, selain memberinya percuma kepada penghantar makanan yang singgah di kedai dengan niat bersedekah untuk (pahala) arwah anak."

Begitu kata Roslina A Rashid, 45, ibu kepada penghantar makanan, Allahyarham Muhammad Badrul Hisyam Mohd Saufi yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 23 Oktober 2020.

Menurutnya, tindakannya membuat amal jariah berkenaan demi kasih sayang seorang ibu terhadap anak lelakinya agar arwah ditempatkan di kalangan golongan beriman.

Katanya, dia tidak mahu memikirkan langsung soal untung, sebaliknya berniat untuk menyedekahkan jualannya buat anaknya itu.


"Sejak pemergian anak, fikiran saya kerap terganggu sehingga menyebabkan keluarga menghantar saya untuk menerima rawatan tradisional di kampung.

"'Kehilangan anak sering dirasai ketika di awal pemergiannya dan adik arwah pernah bermimpi abangnya seolah-olah mempunyai bau sangat harum dan berpesan berbuat baik jika ingin masuk ke syurga," katanya.

Roslina berkata, dia yang berniaga berdekatan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, di sini, akan terus menjual air teh O ais dan sirap limau pada harga RM1 selain Nasi Kukus Ayam Berempah pada harga RM6 sebungkus.

"Walaupun orang cakap harga gula sudah naik, saya masih kekal dengan pendirian untuk meletakkan harga air hanya RM1 demi bersedekah untuk arwah anak.

"Perniagaan ini pun sudah berusia empat tahun, bersempena dengan empat tahun arwah pergi meninggalkan kami sekeluarga," katanya.

Menurutnya, dia juga tidak lupa untuk menitipkan doa buat rider agar selalu berhati-hati apabila menghantar makanan.

"Selepas arwah pergi baru saya tahu rupanya arwah suka menolong orang tak kisah bangsa apa sekalipun.

"Orang beritahu saya, arwah sanggup mendahulukan duitnya untuk menolong, walaupun arwah sendiri susah.

"Malah, ramai orang yang hadir di hari pengebumiannya, tidak kira bangsa dan agama, semuanya orang yang pernah dia tolong," katanya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Muhammad Badrul Hisyam maut dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kepong, di sini, pada 24 Oktober 2020.

Ketika itu, Allahyarham difahamkan mahu membeli keperluan bayinya, namun tidak kesampaian.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ak-tepi-demi-pahala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.057006 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list