CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28095|Reply: 17

"Ini adalah amaran dari Tuhan buat Amerika Syarikat,"-Uyaina Arshad

[Copy link]
Post time 15-1-2025 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Menzahirkan takziah terhadap mangsa kebakaran di Los Angeles, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menyifatkan tragedi membabitkan enam wilayah di bandaraya terbesar California itu sebagai amaran Tuhan.

Kata Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, ini kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerusi negeri California menjadi penyumbang tertinggi kepada Israel untuk menjarah Palestin.



“Perasaan simpati saya kepada mangsa, tetapi mari kita lihat situasi ini dari sudut pandang yang berbeza. Ini adalah ‘amaran’ dari Tuhan. Ini adalah definisi terbaik Allah bayar ‘cash’.

Menurut Financial Times, anggaran kerugian kewangan yang AS hadapi sekarang adalah sekitar RM608 bilion sehingga RM676 bilion akibat kebakaran hutan ini dan menjadikan tragedi ini sebagai ‘The Cosliest Disaster in U.S History.’

“Jumlah wang diberikan kerajaan AS kepada Israel pula RM18.1 bilion setiap tahun malah lebih memeranjatkan negeri paling tinggi sumbangan kepada Israel adalah California iaitu sebanyak RM2.7 bilion.

“Dengan duit dan dana inilah mereka gunakan untuk menghancurkan bumi Palestin. Faham tak? Nampak tak? Kalau ini tidak jelas lagi, tak tahu lah,” katanya dalam hantaran Instagram.

  


Menurut Uyaina lagi, perbuatan dilakukan kerajaan AS terhadap Gaza serta rakyat Palestin sudah mendapat balasan.

Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk akan dibalas Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan.

“Jelas. Ini adalah amaran dari Tuhan buat Amerika Syarikat,” ujarnya.

  


Menerusi perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan perbezaan suasana ketika dia melawat Los Angeles dia tahun lalu dengan sekarang

“Gambar pertama itu saya ambil waktu saya di LA pada November 2023.

Sangat menakutkan apabila tengok gambar, video dan berita tentang kebakaran hutan yang melanda California sekarang ini.

“Api menjilat segala apa yang berada dihapadannya. Nauzubillah,” katanya.

  


Sejak 6 Januari lalu lebih 8,500 anggota bomba dan pasukan penyelamat berhempas-pulas mengawal api daripada terus merebak yang kini dikatakan berpotensi merebak ke bandar lain berikutan angin kencang.

Jumlah korban kekal pada 24 orang, sementara kiraan anggaran 12,000 struktur yang rosak atau musnah belum berubah, menunjukkan usaha pemulihan yang besar perlu dilaksanakan.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 11:07 AM | Show all posts
iols tak suka dia ni. over dan seolah dia terpaling tahu semua benda.

perangai bongkak tu sama dgn kakasabon thread sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag replied at 16-1-2025 11:07 AM
iols tak suka dia ni. over dan seolah dia terpaling tahu semua benda.

perangai bongkak tu sama dgn ...

beria kan? sheols sekarang tengah galok pergi girls trip. Which tak salah pon.

tapi untuk somebody yang beria cakap balasan tuhan jadah semua, engkau terkinja dengan kawan2 yang sama naik dah jadi mak orang, bini orang pastu upload dekat ig tak takut balasan tuhan pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Bab selalu post n create awareness pasal gaza iols okay je ngan dia ni. Yg lain tu ntahhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
black_handbag: iols tak suka dia ni. over dan ...


Yep terpaling tahu.. org pas komen ape pulak ekk.. aku suka baca komen org pas atau dr puak sskjp.. hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 04:59 PM | Show all posts
black_handbag replied at 16-1-2025 04:07 AM
iols tak suka dia ni. over dan seolah dia terpaling tahu semua benda.

perangai bongkak tu sama dgn ...

iols berminat nak tau siapa kakasabon haha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2025 05:01 PM | Show all posts
Aku personally x suka yg over react to palestine ke hape ke. Contoh mcm dia ni lah, sorang lagi tu Naimah ke nama dia dan bbrp nama lagi. Sederhana saja lah kalau ye pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya yg rumah terbakar tu bukan rumah tentera israel. Ada je orang biasa2
Kalau rumah sedara mara kita terbakar teruk, xkan la nak cakap balasan tuhan sebab bla..bla..bla.
Beberapa tahun lepas wild fire kat Australia, sampai haiwan2 tersadai kehausan tepi jalan. Ko nak cakap benda tu pon balasan tuhan..
Paling tidak pon cakap je la ni ujian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 07:13 PM | Show all posts
yang terbakar tiap tiap malam kat baling tu balasan tuhan mana plak?
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamlah acik muka awam!!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyooooo sejak bila ko jd PA tuhan ni....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
heythere123 replied at 16-1-2025 11:27 AM
beria kan? sheols sekarang tengah galok pergi girls trip. Which tak salah pon.

tapi untuk somebo ...

Tulah nak jadi terpaling balasan Tuhan… Tapi pergi negara bukan Islam jugak yang kau show off.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Zeelalala replied at 16-1-2025 04:59 PM
iols berminat nak tau siapa kakasabon haha

penjual sabun sulfur brand H. Sheols naik balik sejak dah jadi makjan ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:30 PM | Show all posts
heythere123 replied at 16-1-2025 01:13 PM
penjual sabun sulfur brand H. Sheols naik balik sejak dah jadi makjan ni

Oh dia retis ke?

mcm pernah nampak lalu di tt live dia.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:32 PM | Show all posts
Edited by Zeelalala at 16-1-2025 01:41 PM
heythere123 replied at 16-1-2025 01:13 PM
penjual sabun sulfur brand H. Sheols naik balik sejak dah jadi makjan ni
- double -
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Diamlahhhhhhh
Rumah takde cermin ke?

Ingat org pedulik ke post ko????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2025 09:40 PM | Show all posts
Edited by nadie90 at 16-1-2025 01:49 PM

Dik, hang nk tunjuk kesedaran psl Palestine (dan antara self-educate) tu ok...rasanya sapa pun xleh lwn hg punya pengetahuan psl Palestin

Bila dah taip dan sebut ini amaran/balasan tuhan, apa hang igt kat California sana tu depa semua pro-zionist ka?....xtau ka ada komuniti Islam yg dok sana jgk?....dgn insurans xcover rumah terbakar lagi..dgn haiwan2 yg bergelut nak selamatkan diri, penduduk yg bukan kaya raya dan skg xdak tempat tinggal, terpaksa mula dari bawah balik sbb dah xada apa2 dengan depa?

Xpa dik, buat content kena la over kan...skurg2nya rmai nmpk....klu x nanti warganet cakap 'who are you' plak...penat jadi pengacara, pelakon tapi sapa pun xkomen psl kerjaya seni lol
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2025 09:52 PM | Show all posts
Kasi dia borang PAS..semua nak kaitkan dgn Palestin. Kat Baling tu pembalasan kerana apa plak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.268984 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list