|
Antara barangan peribadi Geng Alif yang dirampas polis.- Foto NSTP/Ihsan Polis
HULU SELANGOR: Polis menumpaskan Geng Alif yang didalangi tiga lelaki dalam kes samun di ladang ternakan ayam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, awal pagi semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, berkata tiga lelaki warga tempatan itu ditahan menerusi serbuan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Rawang, jam 4.10 pagi.
"Polis turut merampas sepucuk pistol angin, tiga motosikal, pakaian, kasut, dua topi keledar dan dua telefon bimbit," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Asri berkata, ketiga-tiga suspek berusia 29 hingga 38 tahun itu turut didapati mempunyai rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah.
"Ujian saringan air kencing pula mendapati mereka positif dadah jenis syabu.
"Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 12 Mac ini untuk siasatan lanjut," katanya.
Mohd Asri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan (KK).
https://www.bharian.com.my/berit ... it-beruntung-tumpas |
|