View: 7268|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Satu premis makanan jijik ditutup DBKL, 41 kena kompaun
[Copy link]
|
|
DBKL menerusi kenyataannya, Operasi Sepadu Bersih DBKL menyenaraikan 63 premis tetapi 53 premis dapat diperiksa kerana 10 lagi ditutup ataupun tidak beroperasi ketika pemeriksaan dibuat. - Foto FB DBKL
KUALA LUMPUR: Sebuah premis makanan beroperasi dalam keadaan jijik diarah tutup, manakala 41 lagi kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dikesan Operasi Sepadu Bersih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Dalam operasi itu, penguat kuasa DBKL melakukan pemeriksaan premis makanan yang terletak di The Garden Mall dalam Parlimen Lembah Pantai; Jalan Radin 7 (Parlimen Seputeh); Jalan Menara Gading 1 (Parlimen Cheras) dan tingkat empat NU Sentral (Parlimen Bukit Bintang).
DBKL menerusi kenyataannya, berkata dalam operasi itu DBKL menyenaraikan 63 premis tetapi 53 premis dapat diperiksa kerana 10 lagi ditutup ataupun tidak beroperasi ketika pemeriksaan dibuat.
DBKL menerusi kenyataannya, Operasi Sepadu Bersih DBKL menyenaraikan 63 premis tetapi 53 premis dapat diperiksa kerana 10 lagi ditutup ataupun tidak beroperasi ketika pemeriksaan dibuat. - Foto FB DBKL
"Premis makan yang beroperasi dalam keadaan jijik itu diarah tutup mengikut Seksyen (11) Akta Makanan 1983.
"Selain itu, sebanyak 41 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
"Ia membabitkan pelbagai kesalahan bersabit aspek kebersihan, petugas serta persekitaran premis telah dikenakan tindakan," katanya.
DBKL menegaskan, tindakan seumpama ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan yang telah ditetapkan.
https://www.bharian.com.my/berit ... bkl-41-kena-kompaun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|