View: 2425|Reply: 0
|
[Selangor]
MPAJ belanjakan RM53 juta setahun urus sampah
[Copy link]
|
|
DR ANI Ahmad (tengah) melakukan gimik pelancaran Majlis Pelancaran Kutipan Kitar Semula Strata dan Bengkel Pengasingan Sisa Kitar Semula dengan kerjasama MAREA dan MPAJ di Menara MPAJ. FOTO Sadiq Sani
Ampang Jaya: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) membelanjakan RM53 juta setahun untuk pengurusan sampah sebelum dihantar ke tapak pelupusan di Jeram dan Tanjung 12 dekat Kuala Langat, Selangor.
Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad berkata, jumlah sampah dihasilkan setakat tahun lalu pula adalah 132,000 tan dengan anggaran 400 tan setiap hari dan menurun berbanding 192,000 tan pada 2022.
Menurut Ani, jumlah penghasilan sampah dan kos pengurusan akan meningkat jika tidak diuruskan dengan baik justeru MPAJ komited menyokong amalan kitar semula di semua peringkat masyarakat di bawah seliaanya.
Ani berkata, langkah itu mampu mampu menurunkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada jumlah keseluruhan sampah di samping menjimatkan kos pelupusan dan tempat longgokan.
"Jumlah kutipan kitar semula yang dilaksanakan oleh MPAJ bagi tempoh Januari sehingga Disember 2023 adalah sebanyak 5.7 juta kilogram (kg) dengan jumlah hasil sebanyak RM6,883.60 (hasil bukan cukai).
"Kadar kutipan sampah MPAJ yang semakin meningkat saban tahun menuntut kepada peningkatan kos justeru alternatif lain perlu dicari dan pada 29 Februari yang lalu, pihak pengurusan MPAJ sudah membuat Lawatan Perkongsian Ilmu Berkaitan Penggunaan Mesin Ecowaste Asher di Pasar Awam Banting, Majlis Perbandaran Kuala Langat.
"Penggunaan mesin itu mampu mengurangkan kos membayar tapak pelupusan sampah memandangkan ia yang agak jauh daripada kawasan MPAJ.
"Penjimatan yang diperoleh juga membolehkan MPAJ memfokuskan kepada penyelenggaraan infrastruktur, landskap dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum menyempurnakan pelancaran Program Kutipan Kitar Semula Strara dan Bengkel Pengasingan Sisa Kitar Semula dengan kerjasama MPAJ dan Malaysian Recycling Alliance Berhad (MAREA).
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAREA, Roberto Benetello.
Berhubung program berkenaan, Ani berkata, matlamatnya adalah untuk menggalakkan tabiat kitar semula dalam kalangan penduduk.
Menurut Ani, sebanyak 23 perumahan strata akan mengambil bahagian untuk permulaan daripada 637 skim strata di bawah seliaan MPAJ dengan kerjasama MAREA bagi membuat kutipan dan pengasingan.
"Pemilihan strata terbabit adalah berdasarkan data diperoleh daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB).
"Skim strata terbabit dipilih kerana sangat aktif, dikenal pasti boleh bekerjasama dan menjamin kejayaan jadi kita lihat bagaimana hasilnya nanti.
"Jika ada impak besar, sudah tentunya kita akan perluaskan lagi program dengan pembabitan lebih banyak skim strata," katanya
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... setahun-urus-sampah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|