View: 11024|Reply: 0
|
[Terengganu]
Ancaman gajah, kebun bertukar jadi hutan
[Copy link]
|
|
KEBUN kelapa milik penduduk Kampung Durian Bador, dirosakkan gajah liar. FOTO Nazdy Harun
Kuala Berang: Kehadiran gajah sejak 30 tahun lalu menyebabkan banyak kebun di Kampung Durian Bador di sini, dan sekitarnya terbiar.
Nawawi Jambul, 65, berkata, kehadiran gajah sejak sekian lama menyebabkan ramai pekebun 'putus angin' untuk mengusahakan kebun mereka.
Menurutnya, kesan itu bukan hanya terjadi di kampung terbabit namun kampung-kampung berhampiran turut terkesan kerana kehadiran gajah menyebabkan banyak tanaman musnah.
Katanya, akibat sering kali 'berebut' hasil kebun dengan gajah menyebabkan pendapatan pekebun tidak seberapa.
"Ada penduduk yang masih kental berkebun dan ada yang menjual tanah kebun mereka dan ada yang membiarkan kebun menjadi hutan.
"Kedudukan kampung Durian Bador, Kampung Kemat dan Kampung Sekayu yang berhampiran hutan berbukit mendorong kehadiran gajah sejak sekian lama," katanya.
Menurutnya, kedudukan kebun yang jauh di sebelah seberang sungai menyukarkan pemilik kebun untuk sentiasa mengawasi kebun mereka selain bimbang ancaman keselamatan.
Katanya, sebagai contoh sebelumnya kehadiran gajah liar penduduk mampu memperoleh pendapatan antara RM7,000 hingga RM8,000 hasil jualan durian.
Nawawi berkata, sekarang untuk mendapatkan hasil jualan RM300 hingga RM400 agak sukar kerana kawasan kebun sudah banyak yang tidak diusahakan.
"Dahulu ke kebun seorang diri masih berani, namun sekarang saya takut untuk berada berseorangan di kawasan kebun.
"Namun, mujur gajah terbabit hanya berada di kawasan kebun yang bersempadan dengan kawasan bukit dan tidak melintas sungai dan memasuki kawasan kampung," katanya.
Jirannya, Alias Ismail, 66, berkata, suasana berkebun tidak lagi seperti dahulu kerana sudah banyak tanah kebun terbiar.
"Ada juga individu yang membeli tanah kebun untuk diusahakan, menyesal kerana berdepan ancaman gajah.
"Jadi mereka hanya tinggal tanah itu begitu sahaja tanpa diusahakan kerana tidak mahu menanggung risiko kerugian apabila kebun dikunjungi gajah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bertukar-jadi-hutan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|