View: 3672|Reply: 0
|
[Selangor]
KPM tiada perancangan rombak sistem sekolah vernakular
[Copy link]
|
|
Fadhlina ketika sidang akhbar selepas melawat sesi persekolahan di SK Saujana Putra di sini. -Foto AMIR KHALID
KUALA LANGAT – Tiada perancangan ketika ini bagi merombak sistem pendidikan vernakular di negara ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan, sistem sekolah tersebut akan diteruskan dengan telah diiktiraf dalam Akta Pendidikan 1966.
“Kita mendengar pandangan tersebut tetapi untuk hari ini, pendirian Kementerian Pendidikan (KPM) adalah berdiri tegak dan memperkukuhkan akar pendidikan.
“Sekolah vernakular ini sebagaimana saya tegaskan sebelum ini diiktiraf oleh Akta Pendidikan dan kita teruskan dengan pendirian tersebut berdasarkan akta itu,” katanya pada sidang akhbar ketika melawat pembukaan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Putra, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pemuda UMNO yang mencadangkan supaya penilaian menyeluruh dilakukan terhadap ekosistem pendidikan vernakular yang ini merangkumi lebih 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dalam aspek keselarasan silibus, penerapan nilai-nilai kenegaraan dan penguasaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Fadhlina menegaskan sememangnya agenda KPM dalam mengukuhkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di SJK.
“Itu, masih lagi menjadi keutamaan dan komitmen besar kita di samping mengukuhkan Bahasa Inggeris,” katanya.
Ketika mengulas isu keciciran murid yang susulan status kewarganegaraan, beliau menjelaskan KPM telah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan berkaitannya,
“Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerana isu kewarganegaraan ini agr datang kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
“Secara peribadi, anak-anak mesti ke sekolah dan sebab itu kita cuba bantu selagi ada ruang dari masa ke semasa berdasarkan kes-kes yang diterima dan mengikut garis panduan ditetapkan KPM,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... sekolah-vernakular/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|