View: 3803|Reply: 0
|
[Perak]
Sanggup ambil cuti, jadi maskot iringi anak ke sekolah
[Copy link]
|
|
Syed Azrul Nazuen (tiga dari kanan) memakai maskot beruang di Sekolah Kebangsaan Tasik Damai, Ipoh hari ini.
IPOH – Seorang bapa sanggup mengambil cuti dan menjadi maskot untuk mengiringinya anaknya pada hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Tasik Damai hari ini.
Bapa kepada enam orang anak, Syed Azrul Nazuen Sayed Daud, 49, berkata, dia sanggup mengambil cuti selama tiga hari untuk memastikan anak-anaknya bersemangat ke sekolah hari ini.
“Memang setiap tahun saya sukarela menjadi maskot untuk menggalakkan anak-anak bersemangat dan murid-murid yang lain juga teruja untuk hadir ke sekolah.
“Tambahan pula, esok umat Islam akan menyambut puasa, jadi saya ambil cuti tambahan untuk memastikan anak-anak bersedia ke sekolah,” katanya kepada pemberita di SK Tasik Damai di sini hari ini.
Syed Azrul Nazuen yang juga bekerja sebagai pengawal keselamatan itu berkata, beliau seronok menjadi maskot pada hari pertama persekolahan kerana bukan sahaja anak-anak yang gembira, malah ibu bapa juga turut teruja dan mengambil gambar anak mereka bersama maskot.
“Saya seronok apabila Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan sekolah bersama-sama berganding bahu merealisasikan idea ini menyambut kehadiran murid-murid ke sekolah.
“Ini inisiatif yang sangat baik kerana mereka (murid-murid) akan lebih bersemangat untuk ke sekolah,” katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut, Mohd. Halim Arafulla berkata, tahun ini merupakan tahun kedua sekolah itu mendatangkan maskot untuk menyambut kedatangan murid-murid pada hari pertama persekolahan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gi-anak-ke-sekolah/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|