CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6540|Reply: 0

[Johor] Tulang belakang, tangan belum ditemui – Kakak Bella

[Copy link]
Post time 11-3-2024 04:48 PM | Show all posts |Read mode

NORISHAM (dua dari kiri) berpeguam pemerhati, Nur Aminahtul Mardiah dan Nurul Hafidzah meninjau lokasi tulang Bella ditemui di rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat hari ini.

BATU PAHAT – Bahagian tulang tangan dan tulang belakang milik Bella atau Mira Sharmila Samsudah masih belum ditemui sehingga kini.

Kakak Bella, Norisham berkata, pegawai penyiasat memaklumkan kepadanya serta keluarga bahawa kedua-dua tulang bahagian tangan serta tulang belakang masih belum ditemui dan usaha untuk mencari baki tulang arwah Bella akan dijalankan secepat mungkin.

“Cuma tulang belakang dan tangan belum ditemui. Saya dimaklumkan oleh polis bahawa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan diperoleh paling awal dalam tempoh tiga minggu.

“ Kalau boleh keputusan itu diperoleh sebelum Aidilfitri, itu yang kami harapkan,” katanya selepas melawat lokasi penemuan tulang bersama ahli keluarga dan juga peguam pemerhati, Nur Aminahtul Mardiah Md Nor dan Nurul Hafidzah Hassan, di rumah sewa terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah di sini, hari ini.

Pada 28 Februari, enam ketul tulang dilaporkan ditemui di belakang dan tepi rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, lokasi di mana rangka tidak sempurna Bella ditemui pada pagi 19 Disember lalu.

Perkara itu disahkan polis dan hasil pemeriksaan telah menjumpai dua ketul tulang dipercayai tulang bahagian peha, dua ketul tulang bahagian betis dan dua ketul tulang bahagian keting di lokasi tersebut.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... itemui-kakak-bella/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050223 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list