View: 6612|Reply: 0
|
[Selangor]
Subuh Macam Jumaat siri akhir ‘tawan’ Masjid Negara
[Copy link]
|
|
Jemaah mendapatkan baju T Airaz percuma yang diedarkan di Masjid Negara semalam.
PETALING JAYA – Kira-kira 3,000 jemaah yang menyertai siri terakhir program Subuh Macam Jumaat bersama selebriti Aliff Satar tidak menyangka akan menerima baju T sukan Airaz berkonsepkan Islamik yang diedarkan secara percuma di Masjid Negara semalam.
Jemaah hadir seawal pukul 4.30 pagi untuk melakukan ‘qiamullail’ sebelum menunaikan solat Subuh diimamkan Syeikh Abdelrahman Taha Radhwan Eldesouky secara berjemaah dan diikuti tazkirah yang disampaikan pendakwah, Ustaz Yaakub Yusra Yusuf.
Rata-rata jemaah gembira mendapat baju T Airaz tersebut yang semakin diminati dalam kalangan atlet.
Selain Aliff, program itu turut disertai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38, Amir Jahari.
Program Subuh Macam Jumaat dicetuskan oleh Aliff dan terus menjadi ikutan ramai dengan tujuan supaya orang ramai terutamanya remaja dapat memenuhi masjid untuk menunaikan solat subuh beramai-ramai seperti solat Jumaat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... awan-masjid-negara/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|