|
Anggota bomba memadamkan api kebakaran yang memusnah 15 buah rumah setinggan di Lorong Delapan Kampung Pandan, malam tadi.
KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 rumah setinggan dilaporkan terbakar dalam satu kejadian di Lorong Delapan Kampung Pandan, di sini, malam tadi.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur panggilan kecemasan diterima pada pukul 9.51 malam.
Katanya, operasi melibatkan seramai 48 anggota bersama 11 jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu, BBP Hang Tuah, BPP Keramat, BBP Sentul, BBP Bandar Tun Razak dan BBP Cheras.
“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati berlakunya kebakaran rumah setinggan melibatkan 15 unit rumah berkeluasan 300 kaki persegi.
“Tiada mangsa dan kebakaran padam sepenuhnya pada jam 12.30 tengah malam,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Ujarnya, punca kebakaran masih dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... an-hangus-terbakar/ |
|