CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 488|Reply: 0

[Kelantan] Kenaikan harga makanan hingga RM2

[Copy link]
Post time 13-3-2024 12:12 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga sibuk menyiapkan pesanan para pelanggan. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Makanan yang dijual di Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV di sini menunjukkan sedikit peningkatan harga berbanding tahun lalu.

Kenaikan harga bahan mentah yang tinggi menyebabkan rata-rata peniaga bazar Ramadan pada tahun ini tidak ada pilihan lain selain menetapkan harga baharu untuk jualan mereka.

Tinjauan di bazar berkenaan mendapati ada jualan yang mengalami kenaikan harga antara 50 sen hingga RM2.

Peniaga makanan, Siti Zulaikha Rahimudin, 29, berkata, harga ayam percik yang dijualnya masih kekal bergantung kepada saiz iaitu antara RM6 hingga RM12 secucuk.


"Bagaimanapun, saya terpaksa menaikkan harga gulai kawah yang sebelum ini dijual RM10 kepada RM12 disebabkan kadar harga makanan yang dijual adalah bergantung kepada bahan mentah yang digunakan di dalam masakan itu.

"Dalam masakan gulai kawah banyak menggunakan bawang dan harga bawang yang dibeli meningkat sekali ganda iaitu dari RM4 kepada RM8 sekilogram," katanya ketika ditemui.

Bagi peniaga kuih, Abd Rahman Abd Aziz, 34, berkata, dia menjual lebih 10 jenis kuih muih di bazar Ramadan bagi memenuhi permintaan pengunjung.

"Sama seperti peniaga lain, di mana saya juga terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal perniagaan berikutan kenaikan harga bahan mentah yang sangat membebankan.

"Kuih jala mas yang sebelum ini dijual RM5 untuk enam biji, namun sekarang dijual RM1 sebiji manakala piana, tahi itik dan seri kaya masing-masing yang sebelum ini dijual RM2 untuk tiga biji terpaksa dijual RM1 sebiji.

"Walaupun keuntungan yang diperoleh sedikit, namun sebagai peniaga saya mengharapkan dapat menjual dalam kuantiti yang banyak setiap hari selain mendapat sambutan daripada pelanggan," katanya.

Bagaimanapun, seorang peniaga nasi beriani, Mohd Fazran Mohd Salleh, 40, pula masih mengekalkan harga jualan nasi meskipun berdepan dengan kenaikan harga bahan mentah.

"Walaupun tidak mendapat untung yang banyak, tetapi saya berpuas hati kerana dapat bersedekah sempena Ramadan.

"Setiap hari jualan nasi beriani sangat laris dan boleh menjual antara 600 hingga 1,000 bungkus," katanya.

Sementara itu, pembeli Mohd Nazmi Saufi, 34, berkata, setakat ini makanan yang dijual di bazar Ramadan tidak membebankannya.

"Walaupun ada di antara makanan yang dijual mengalami kenaikan, namun masih dianggap berpatutan oleh orang ramai yang rata-ratanya memahami situasi peniaga," katanya ketika ditemui.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -makanan-hingga-rm2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.043042 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list