CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 0

[Selangor] Kastam rampas 73 pek kurma dipercayai produk Israel

[Copy link]
Post time 13-3-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode

RAMPASAN produk kurma dipercayai dari Israel pada sidang media di Ibu Pejabat Kastam Pelabuhan Utara. FOTO Faiz Anuar

Pelabuhan Klang: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 73 pek buah kurma 'Organic Jumbo Medjool Dates' dipercayai produk dari Israel.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan) Datuk Sazali Mohamad berkata, kurma seberat 14.6 kilogram bernilai RM678 itu dirampas di sebuah gudang di sekitar Klang, semalam.

Beliau berkata, serbuan jam 11.30 pagi itu dilakukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah II Selangor susulan video yang tular di media sosial berkaitan sebuah premis menjual buah kurma yang disyaki produk dari Israel.

"Hasil pemeriksaan ke atas gudang berkenaan menemukan 73 pek buah kurma dilabelkan Organic Jumbo Medjool Dates yang disyaki produk dari Israel.



"Pada serbuan itu juga, seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pemilik perniagaan berkenaan turut ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Pelabuhan Utara dekat sini, hari ini.

Beliau berkata, selain gudang, serbuan turut dilakukan di sebuah pejabat di Klang dan sebuah kedai yang menjual makanan organik di Petaling Jaya.

Katanya, semakan JKDM mendapati, kurma dibawa masuk dari Eropah secara pukal bersama barangan makanan lain dari Eropah pada 2022 dan diisytiharkan sebagai 'food stuff'.

"Ia kemudian dibungkus semula untuk dijual di pasaran tempatan pada harga RM20 hingga RM30," katanya.

Sazali berkata, apa-apa produk dari Israel perlu mendapat permit khas daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Katanya, pihaknya tidak menolak kemungkinan tindakan susulan sekiranya terdapat maklumat penjualan produk yang sama.

"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan/memiliki barangan larangan mengikut Seksyen 135(1)(d)," katanya.

Terdahulu, tular di media sosial bahawa ada peniaga menjual kurma diimport dari Israel.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... cayai-produk-israel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.276989 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list