View: 2590|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Murid sekolah rendah ada akaun TikTok sendiri
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR – Masih terdapat murid sekolah rendah memiliki akaun TikTok meskipun penyedia platform media sosial menetapkan had umur tertentu untuk menjadi pemilik akaun.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penyedia platform media sosial mempunyai had umur iaitu berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan membuka akaun media sosial.
“Dalam pengamatan saya sendiri sebagai Ahli Parlimen apabila di kawasan bertemu dengan pelajar saya bertanya berapa ramai anak di sini ada akaun TikTok.
“Darjah satu sampai enam, hampir 90 peratus ada akaun TikTok, jadi walaupun ada garis panduan seperti ini, ia tidak memadai,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau) berhubung pelaksanaan yang akan dilakukan supaya kanak-kanak berusia bawah 15 tahun diharamkan memiliki akaun media sosial.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, bagi memastikan syarat itu dipatuhi, ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab untuk memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka.
Jelas beliau, ia kerana kanak-kanak masih boleh mendapat manfaat kandungan positif dengan melayari media sosial bersama-sama ibu bapa atau penjaga.
“Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil serius peranan mereka dalam keibubapaan digital serta perlu peka dalam menerokai kandungan serta platform alternatif yang terdapat di dalam talian,” katanya.
Sementara itu, katanya, setakat 1 januari 2023 hingga 1 Mac 2024 sebanyak 38 aduan diterima dan disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kandungan lucah.
Menurut beliau, sebanyak 18 kes masih dalam siasatan, dua kes telah dikeluarkan notis amaran dan 18 kes berstatus Tiada Tindakan Lanjut (NFA)tiada kesalahan dizahirkan.
“Usaha untuk menangani bahan lucah (di media sosial) bersifat `cat and mouse’. tutup sini muncul sana. tutup sana muncul situ pula.
“Jadi kerjasama lebih erat semua pihak diperlukan termasuk oleh platform-platform media sosia;. Beberapa langkah telah diteliti dan Insya-Allah kita akan umumkan tidak lama lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... aun-tiktok-sendiri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|