CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4991|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Iftar dulu, baru hospital

[Copy link]
Post time 16-3-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode

ADAM beraksi dalam kelas WorldSBK pada Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) musim ini. FOTO Petronas MIE Racing Honda

Kuala Lumpur: Setiap kali tibanya bulan Ramadan, setiap kali pelumba profesional negara, Adam Norrodin terkenang peristiwa sukar dilupakan ketika zaman kanak-kanaknya.

Berkongsi kisah itu, Adam yang kini beraksi pada musim penuh di Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) dalam kelas WorldSBK berkata, kenangan pahit patah kedua-dua kakinya pada bulan Ramadan ketika baru berusia usia 10 tahun masih segar dalam ingatan.

"Pada usia seawal itu, saya mula berjinak-jinak berlatih menggunakan motosikal jenis motocross. Apabila tiba Ramadan, saya tetap berlatih dan pada masa sama berpuasa.

"Tapi satu petang, saya rasa nak pitam, mungkin sebab terlalu lapar. Tetapi, ketika pening kepala, saya tetap teruskan berlatih.



"Akhirnya ketika tengah seronok menunggang motosikal motocross, saya terjatuh dan patah kedua-dua kaki," katanya.

Cerita Adam lagi, apa yang lucu ialah dalam keadaan kedua-dua kakinya patah, dia dipapah pulang ke rumah untuk berbuka puasa sebelum keluarganya menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Selepas itu, saya pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan ambil masa lama pulih sepenuhnya.

"Itu kenangan paling saya tak dapat lupakan setiap kali tibanya Ramadan," katanya.

Apabila menginjak dewasa, Adam berkata, dia melalui pengalaman lebih berbeza terutama sekali apabila perlu menjalani ibadah puasa di luar negara.

Pelumba negara berusia 25 tahun itu dilihat sudah biasa berkelana di luar negara bermula di saingan Kejohanan Dunia Junior FIM CEV Moto3 pada 2014 sebelum beraksi pada tiga musim penuh di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) dalam kelas Moto3 bermula 2016.

Adam kemudian beraksi di saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) dalam kelas ASB1000 dan pada tahun lalu beraksi di kelas WorldSSP di WSBK sebelum bertukar ke kelas perdana WorldSBK tahun ini bersama pasukan Petronas MIE Racing Honda.

"Zaman dahulu, masa di awal karier, kalau boleh saya memang cuba berpuasa penuh walaupun ketika minggu perlumbaan.

"Tapi saya akui tak larat dan terpaksa berbuka puasa. Sejak itu, apabila tiba minggu perlumbaan, saya tak dapat berpuasa, tetapi akan gantikan pada hari bukan perlumbaan," katanya.

Jelas Adam, berpuasa di negara orang khususnya di Eropah menuntut kecekalan tinggi kerana tempoh berpuasa di negara berkenaan lebih panjang berbanding di Malaysia.

"Waktu Subuh di Eropah lebih awal dan waktu berbuka puasa pula lambat. Kalau setiap hari berpuasa di sana, memang tak tahan," katanya.



ADAM (dua kiri) ketika menyambut Aidilfitri bersama keluarganya sebelum ini.

Kekerapan berkelana di luar negara menyebabkan Adam sering tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Batu Pahat, Johor.

"Saya rasa sudah enam atau tujuh tahun tak dapat berhari raya bersama keluarga disebabkan tanggungjawab sebagai pelumba negara. Tapi pada tahun ini, saya dapat menyambutnya bersama mereka.

"Kalendar perlumbaan WBSK nampaknya membolehkan saya beraya seminggu bersama keluarga sebelum terbang semula ke luar negara untuk menyertai perlumbaan," katanya.

Mengulas perjalanan kariernya, Adam berharap Ramadan kali ini membawa rahmat kepadanya agar dapat terus berusaha memperbaiki prestasi selepas gagal mengutip mata pada pusingan pertama di Australia, bulan lalu.

Menurutnya, persiapan pasukan agak kelam kabut pada musim ini.

"Kami kurang melakukan sesi ujian pada jentera dan ia menyebabkan kami kekurangan data mengenai motosikal.

"Saya tak mahu letak sasaran terlalu tinggi, sebaliknya berharap dapat mengutip mata apabila berakhir musim ini.

"Saingan di WorldSBK sangat kompetitif dengan kehadiran pelumba yang sebelum ini beraksi di MotoGP," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dulu-baru-hospital
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.123174 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list