CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4051|Reply: 0

[Kelantan] Berhenti kerja jaga ibu bapa sakit

[Copy link]
Post time 18-3-2024 01:47 PM | Show all posts |Read mode

Wan Nor Siti Hasikin (kiri) turut dibantu adik bongsunya, Wan Nor Anis Hashima menjaga serta menguruskan ayah mereka, Wan Rosli yang terlantar disebabkan serangan angin ahmar pada Januari lalu. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kota Bharu: "Jangan sesekali menganggap ibu bapa sebagai bebanan dan jagalah mereka seikhlas mungkin demi mendapatkan keberkatan dunia akhirat," kata Wan Nor Siti Hasikin Wan Rosli, 27.

Wan Nor Siti Hasikin berkata, bagi memberi tumpuan penuh menjaga bapanya, Wan Rosli Ibrahim, 62, dan ibunya Sopiah Tahar, 54, yang mengidap kencing manis, dia sanggup berhenti kerja sejak tiga bulan lalu.

"Ayah diserang angin ahmar kali ketiga awal Januari lalu hingga menyebabkan dia lumpuh dari paras pinggang ke bawah, selain tangan kiri juga tidak dapat digerakkan dan kini terlantar.

"Pertama kali mendapat serangan pada 2017 dan ketika itu hanya sebelah kiri badan serta kembali pulih. Hujung Disember lalu, sekali lagi ayah alami serangan namun tidak serius.


"Namun Januari lalu, ayah sekali lagi mengalami serangan yang menyebabkan dia terlantar dan tidak mampu urusan diri sendiri. Dia tidak mampu bertutur dan hanya guna isyarat mata atau melambai tangan," katanya.

Menurutnya dalam masa yang sama, dia perlu menjaga ibu yang kaki kiri dipotong dari paras lutut sejak 2022 akibat komplikasi penyakit kencing manis.

"Bagi menguruskan keperluan ayah lebih RM1,000 sebulan untuk membeli lampin pakai buang dan susu. Kami lima beradik saling bantu biarpun pendapatan hanya cukup makan dan perlu menanggung keluarga sendiri.

"Sejak terlantar ayah hanya bergantung sepenuhnya kepada susu berharga RM57 yang hanya mampu bertahan dua hari. Kami berikan melalui saluran tiub yang dipasang di hidung sebanyak enam kali sehari setiap empat jam sekali," katanya yang turut dibantu adik bongsu, Wan Nor Anis Hashima, 19.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03021-41-10006153-3 atas nama Wan Nor Siti Hasikin Wan Rosli.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jaga-ibu-bapa-sakit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.041344 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list