CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4879|Reply: 0

[Kelantan] Beg berisi barang kemas lebih RM10,000 tercicir semasa tarawih

[Copy link]
Post time 18-3-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Beg berisi barang kemas lebih RM10,000 tercicir semasa tarawih

OlehADILA SHARINNI WAHID

18 Mac 2024 03:30pm








Antara bentuk cincin yang turut ada dalam beg berwarna biru muda tersebut.




KOTA BHARU - Seorang warga emas menawarkan ganjaran kepada individu yang menjumpai beg berisi barangan kemas bernilai lebih RM10,000 selepas dipercayai tercicir ketika menunaikan solat tarawih di sebuah masjid di Kubang Kerian, di sini pada Sabtu lalu.

Anak perempuan wanita itu yang dikenali sebagai Huda, 26, berkata, ibunya yang tinggal di Beris Kubur Besar, Bachok ke masjid tersebut setiap malam semasa Ramadan.



Kata Huda, ibunya menyedari beg itu hilang selepas pulang dari tarawih pada hari berkenaan dan masih berada dalam keadaan bersedih kerana barangan kemas yang hilang itu memiliki nilai sentimental.
“Saya nak minta tolong kalau ada yang terjumpa beg kecil berwarna biru muda berisi emas yang agak banyak kepunyaan ibu saya.


“Dalam beg itu ada cincin perkahwinan, gelang, cincin pusaka arwah nenek dan banyak lagi. Sekarang ibu sedang bersedih dan sangat terkejut sebab jumlah kehilangan agak banyak,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Huda berkata, dia tidak menolak kemungninan beg tersebut tercicir di kawasan Bachok selain di masjid tersebut.

Ujarnya, individu yang terjumpa beg tersebut boleh menghubunginya di talian 013-8125745 untuk dipulangkan.

“Pada bulan Ramadan yang berkat ini dan kalau masih rezeki ibu saya, sesiapa yang terjumpa beg itu boleh hubungi kami segera.




“Insya-ALLAH ganjaran akan diberikan kepada individu yang jumpa dan kembalikan beg serta barangan kemas itu,” katanya.

Huda turut berkongsi tawaran itu di media sosial Facebook dan menerima reaksi orang ramai yang mendoakan semoga barangan kemas itu dijumpai semula.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:11 PM GMT+8 , Processed in 0.121580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list