CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7724|Reply: 1

[Kelantan] Rezeki Ramadan: 'Abe Yie' hasilkan hampir 2,000 kg cendol sehari

[Copy link]
Post time 21-3-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode

Asri menunjukkan cendol yang sudah siap dimasak. FOTO Hazira Ahmad Zaidi

Kuala Krai: Ketibaan Ramadan membawa limpahan rezeki dan diibaratkan seperti 'bonus' oleh suami isteri di RPT Sungai Sok di sini, apabila perlu menghasilkan sehingga 1,980 kilogram (kg) cendol sehari bagi memenuhi permintaan pelanggan sepanjang Ramadan ini.

Pasangan berkenaan. Asri Daud, 52, dan isterinya, Khuzaimah Adnan, 48, tidak menang tangan untuk menyiapkan cendol yang dihasilkan mereka berikutan mendapat permintaan tinggi sepanjang Ramadan dan ia meningkat lebih enam kali ganda berbanding hari biasa 220 kg sahaja.

Asri berkata, setiap hari, mereka mengadun campuran tepung beras dan kanji sebanyak 200 kg hingga 300 kg sehari untuk mendapatkan 500 bungkusan cendol.

"Sepanjang Ramadan, saya menggunakan empat kawah bersaiz besar yang digunakan secara bergilir-gilir untuk memasak tepung beras yang akan diproses menjadi cendol.



"Tepung beras yang sudah siap dikisar dimasak di atas api selama 45 minit dan perlu sentiasa dikacau sehingga adunannya menjadi likat dan mampu ditekan di dalam acuan yang menghasilkan bentuk cendol," katanya ketika ditemui di rumahnya di RPT Sungai Sok di sini, semalam.

Asri atau lebih dikenali 'Abe Yie Cendol Krai' berkata, dia menggunakan bahan asli untuk menghasilkan cendol yang berwarna hijau iaitu perahan daun pandan yang sudah dikisar dan bukannya pewarna.

"Bagi memastikan cendol yang dihasilkan mempunyai tekstur kenyal dan tidak mudah hancur adunan yang digunakan perlu mengikut sukatan yang ditetapkan dan setelah masa perlu direndam di dalam air selama tiga jam sehingga cendol benar-benar sejuk sebelum dibungkus.

"Kebiasaannya, kami mula memproses cendol seawal 7 pagi dan sebaik cendol siap diproses, beberapa pekerja akan membantu membungkus cendol sebelum dibekalkan kepada pemborong di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong untuk dipasarkan di seluruh negeri Kelantan termasuk Besut, Terengganu, selain ada juga penduduk kampung yang datang membelinya di rumah," katanya yang turut dibantu 26 pekerja.

Bapa enam anak dan datuk kepada enam cucu ini berkata, dia bukan hanya membuat cendol untuk dijual pada bulan Ramadan sahaja, tetapi ia turut dijual pada hari biasa, namun permintaan agak kurang.

"Pada hari biasa, kami hanya mampu menjual 100 bungkus cendol, namun pada permintaannya meningkat sepanjang puasa disebabkan cendol amat sinonim bagi masyarakat di Kelantan terutamanya ketika sambutan Ramadan.

"Walaupun harga barang mentah meningkat, namun harga cendol yang saya jual masih sama seperti dulu iaitu pada harga RM10 bagi tujuh bungkus atau RM2 sebungkus," katanya.

Menurut Asri, dia mula berniaga cendol pada 2020 ketika negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19 dan pada masa turut dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan dia terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara keluarga.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 00-kg-cendol-sehari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2024 12:53 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada abe yie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 01:42 AM GMT+8 , Processed in 0.037417 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list