View: 8045|Reply: 1
|
[Kelantan]
Kontraktor selamat terjatuh Jambatan Pulau Melaka
[Copy link]
|
|
Mangsa (tengah, berbaju merah) dibawa naik ke tebing sungai selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Melaka, Kota Bharu, sebentar tadi.
KOTA BHARU – Seorang kontraktok yang hilang pertimbangan selepas mengalami masalah keluarga sempat diselamatkan oleh penduduk setempat apabila dia terjatuh dari Jambatan Pulau Melaka, di sini hari ini.
Kejadian itu disedari oleh seorang peniaga udang, Mohd. Eziwan Ismail, 43, yang kebetulan berada di bawah jambatan tersebut kira-kira pukul 9.30 malam.
Menurut Mohd. Eziwan, sebelum kejadian itu, dia melihat keadaan jalan di atas jambatan tersebut sesak dengan kenderaan sebelum terdengar bunyi ada objek yang jatuh ke dalam sungai.
“Saya dan rakannya terus bergegas menghidupkan enjin bot sebelum ke tengah sungai sedalam kira-kira enam meter. Kami melihat seorang lelaki berada dalam keadaan terkapai-kapai.
“Saya terus kemudian mencapai baju lelaki yang berusia dalam lingkungan akhir 40-an itu dan mengikat anggota badannya dengan tali untuk dibawa naik ke tebing sungai,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian sebentar tadi.
Mohd. Eziwan menberitahu, lelaki terbabit dilihat meracau-racau dan tidak mahu dirinya diselamatkan semasa dia mengangkat mangsa dari sungai.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, lelaki terbabit sebelum ini mengalami masalah keluarga.
Katanya, mangsa tinggal di Semerak, Pasir Puteh dan datang ke jambatan tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Honda Odyssey. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... batan-pulau-melaka/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baik masih selamat dan diberikan peluang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|