CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5863|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lokasi kena serbu, 2 lelaki tak sempat memanah ikan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 10:48 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Operasi Unit Perikanan Darat, Timbalan Pegawai Perikanan Darat Mohd Azhar Jusoh menunjukkan peralatan menangkap ikan yang ditemui di tepi Sungai Limau , Kenaboi ketika mengadakan operasi dan pemantauan.

Jelebu: Dua lelaki tidak sempat membawa peralatan memanah ikan tradisional selepas lari lintang pukang sebaik menyedari kehadiran penguatkuasa Jabatan Perikanan Negeri Sembilan yang melakukan pemantauan, semalam.

Memanah ikan antara aktiviti menangkap ikan yang dilarang di negeri ini selain tuba, renjatan elektrik, menembak dan mengebom.

Timbalan Pegawai Perikanan Darat (TPPD), Mohd Azhar Jusoh berkata, operasi dari jam 9.30 pagi dan berakhir jam 3 petang itu bertujuan memastikan segala bentuk larangan menangkap ikan secara salah dipatuhi.

Katanya sebaik tiba di Sungai Limau, Kenaboi dua lelaki sedang melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pasukan penguatkuasa.



"Pemeriksaan menemui satu unit peralatan memanah ikan yang ditinggalkan di tepi sungai.

" Justeru itu kita menyita peralatan itu selain sudah membuat laporan di Balai Polis Kuala Klawang, "katanya hari ini.

Mohd Azhar berkata pihaknya akan melakukan lebih banyak operasi selepas ini selepas mendapat aduan aktiviti menembak ikan banyak dilakukan pada waktu malam.

Katanya disebabkan ketika ini air sungai jernih, selain ikan banyak pada waktu malam, aktiviti terlarang itu mudah dijalankan pada hari malam selain ia tidak disedari orang ramai.

" Perbuatan memanah ikan boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-Kaedah Perikanan (Sungai) 1976, Negeri Sembilan dan jika didapati bersalah boleh didenda dan dipenjara atau kedua-duanya sekali.

" Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan di Pejabat Perikanan berhampiran supaya tindakan susulan dapat diambil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sempat-memanah-ikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.046978 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list