View: 5220|Reply: 0
|
[Johor]
Polis buka kertas siasatan pengguna FB hina Nabi, agama Islam
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Iskandar Puteri: Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran komen tular di media sosial yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam.
Tangkap layar hantaran komen berkenaan dipercayai dilakukan pengguna akaun Facebook (FB) berasal dari Pontian, tular sejak kelmarin.
Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, pihaknya setakat ini menerima satu laporan berkaitan kes berkenaan, dua hari lalu.
Katanya, polis sudah selesai merakam keterangan pengadu dan membuka kertas siasatan kes berkenaan.
Lagi Berita
"Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.
"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Bagaimanapun, saya menasihatkan semua pihak bertenang dan biarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan lanjut.
"Orang awam juga dinasihatkan tidak memuat naik sebarang hantaran di mana-mana platform media sosial berbentuk provokasi yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan mendatangkan kegusaran orang awam terutama membabitkan isu agama, bangsa dan raja (3R)," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Tangkap layar hantaran komen pemilik akaun FB berkenaan yang menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam dikongsi warganet di beberapa akaun komuniti sehingga mendatangkan reaksi negatif.
Tinjauan di beberapa ruangan akaun FB komuniti mendapati warganet meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera bertindak dan menahan individu yang melakukan provokasi keterlaluan berkenaan.
Warganet turut menyatakan kesal kerana kes penghinaan terhadap agama Islam semakin meningkat dengan kes itu dibimbangi akan menyebabkan hubungan antara kaum tidak harmoni.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... na-nabi-agama-islam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|