View: 12459|Reply: 0
|
[Terengganu]
Harga beras putih import di Kuala Terengganu turun RM1 hingga RM2
[Copy link]
|
|
Dua pekerja pasaraya sedang menaikkan tanda harga baharu BPI. FOTO BAHAROM BAKAR.
Kuala Terengganu: Pemilik pasar raya di Bandaraya Kuala Terengganu menurunkan harga beras putih import (BPI) serta merta berkuat kuasa, hari ini.
Pemilik pasar raya, Jason Tan berkata, pihaknya menurunkan harga BPI antara RM1 hingga RM2 berkuat kuasa serta merta selepas menerima arahan daripada pembekal.
Justeru, katanya, tiga pasar raya miliknya masing-masing di Kampung Merbau Patah, Bukit Bayas dan Surau Panjang akan menurunkan harga BPI berkuat kuasa hari ini.
"Setakat ini, pembekal BPI mengarahkan kita menurunkan harga RM1 bagi lima kilogram (kg) dan RM2 bagi 10kg," katanya dihubungi.
Tinjauan mendapati, pekerja di tiga pasar raya berkenaan sedang menggantikan tanda harga baharu.
Tinjauan turut mendapati, harga beras jati batik bagi pek 5kg dijual pada harga RM20.40 manakala bagi pek 10kg, ia dijual pada harga RM38.50.
Selasa lalu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dipetik mengumumkan penurunan harga BPI antara RM2 hingga RM3 berkuat kuasa Rabu, seperti dimuktamadkan melalui Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL).
Mengulas berkaitan penurunan harga tidak menepati arahan kerajaan, Jason menjelaskan, pihaknya diarahkan pembekal menurunkan harga antara RM1 serta RM2 dan bukannya RM2 dan RM3.
"Kita hanya menerima arahan penurunan harga daripada beberapa pembekal utama lewat semalam.
"Kita bersedia untuk menurunkan harga seperti ketetapan kerajaan selepas menerima arahan daripada pembekal," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... urun-rm1-hingga-rm2 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|