CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8777|Reply: 0

[Kelantan] Kerabu nipah, menu eksotik pembuka selera

[Copy link]
Post time 24-3-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode

Nora Mohamad menunjukkan kerabu nipah. FOTO SITI ROHANA IDRIS

Tumpat: Juadah kerabu nipah sangat sinonim dengan masyarakat di gugusan pulau di delta Sungai Kelantan dan sepanjang Ramadan, tidak lengkap acara berbuka puasa tanpa menu eksotik itu.

Dihasilkan daripada bunga pokok nipah, juadah itu bukan sesuatu yang asing buat rakyat negeri ini namun ia tidaklah dijual merata disebabkan bahan asasnya itu hanya terdapat di kawasan sungai atau berpaya sahaja.

Bagi Nora Mohamad, 47, dia sudah mengusahakan kerabu nipah sejak 15 tahun lalu dan permintaan terhadap makanan eksotik itu sangat menggalakkan sepanjang Ramadan kerana dianggap pembuka selera.

Setiap hari Nora akan menyediakan sebanyak tujuh hingga 10 kilogram (kg) kerabu nipah untuk dijual di Bazar Ramadan Teluk Renjuna selain memenuhi tempahan pelanggan yang datang mengambilnya di rumah.

"Pembuatan kerabu nipah tidaklah sesukar kerja mencari bunga nipah dan hanya memperuntukkan sekitar dua jam sahaja dari segi penyediaannya.

"Bunga nipah yang sudah dicelur akan digaul bersama daun kesum, bunga kantan, santan, kerisik, ikan rebus tawar, asam limau, bawang besar, bawang merah bawang putih yang dikisar, sedikit budu serta lada hitam.

"Semua campuran ini digaul sebati dan sebenarnya keenakan kerabu nipah adalah bergantung kepada pembuatnya sendiri yang tidak 'kedekut' bahan terutama ikan rebus yang membangkitkan rasa lemak," katanya.

Nora berkata, setiap hari dia akan datang bersama anaknya, Muhammad Mirza Ikram Mohd Zaki, 20, dengan menaiki bot dari rumahnya di Kampung Pantai Baru membawa kerabu nipah serta beberapa lauk pauk lain untuk dijual di bazar terbabit.

Katanya lagi, dengan harga jualan RM3 dan RM5 sebungkus, kerabu nipah yang dihasilkannya sentiasa laris malah ada pembeli yang sudah menunggu kedatangannya di tapak jualan seawal jam 2 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... otik-pembuka-selera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.029527 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list