|
GAMBAR hiasan
Kuala Terengganu: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) Wilayah Timur meluluskan 16 permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bas tambahan kepada syarikat bas ekspres sempena Aidilfitri.
Pengarah APAD Wilayah Timur, Mohammad Fakhri Mansor, berkata syarikat pengangkutan awam daripada Kelantan, Pahang dan Terengganu itu memohon LPS untuk bas tambahan beroperasi sempena Aidilfitri bulan depan.
Katanya, permohonan untuk mendapatkan LPS bas tambahan dibuka sejak Isnin lalu dan akan ditutup pada 2 April depan.
"Setakat ini kita sudah meluluskan 16 permohonan daripada beberapa syarikat bas ekspres yang mengemukakan permohonan untuk mendapatkan LPS bas tambahan.
"Kita jangka lebih banyak syarikat bas ekspres akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan LPS bas tambahan untuk beroperasi pada Aidilfitri bulan depan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mengulas lanjut, Mohammad Fakhri berkata, jumlah LPS diluluskan di Kelantan adalah empat, Pahang (lima) dan tujuh di Terengganu.
"Kita meluluskan LPS untuk perjalanan bas tambahan selama 14 hari iaitu bermula pada 4 April hingga 17 April," katanya.
Mohammad Fakhari berkata, walaupun hanya 16 LPS dipohon, tetapi tidak bermakna akan berlaku kekurangan bas tambahan sehingga menyebabkan penumpang terkandas dan tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga.
"Ada juga syarikat bas ekspres memohon LPS untuk bas tambahan beroperasi di beberapa negeri menggunakan laluan ke negeri ini," katanya.
Mengulas mengenai tambang, Mohammad Fakhri enggan mengulas lanjut, tetapi mengesahkan ada penambahan harga tiket.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... yarikat-bas-ekspres |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|