CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7150|Reply: 1

[Johor] 26 peratus penduduk Johor sudah daftar PADU

[Copy link]
Post time 26-3-2024 09:08 AM | Show all posts |Read mode

Aznan (kiri) mengedarkan bubur lambuk di perkarangan RTM Johor, semalam. NSTP/OMAR AHMAD

JOHOR BAHRU: Kira-kira 26 peratus daripada jumlah penduduk Johor yang layak mendaftar dengan sistem Pangkalan Daftar Utama (PADU) sudah berbuat demikian setakat ini.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menggesa mereka yang masih belum melakukannya supaya berbuat demikian sebelum tarikh tutup pendaftaran tamat hujung bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin, berkata masih ada beberapa hari berbaki untuk mendaftar, sama ada secara dalam talian atau di kaunter pendaftaran PADU.

"Masih ada kurang seminggu untuk semua penduduk Johor mendaftar PADU dan kita ingin menjadikan negeri ini yang terbaik dari segi sistem pendaftaran PADU.


"Johor adalah antara penyumbang tertinggi kepada pendaftaran PADU dengan 26 peratus dari jumlah penduduk yang layak mendaftar di negeri ini sudah berbuat demikian.

"Kerajaan negeri juga sedang menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan sama ada mahu memanjangkan tempoh pendaftaran PADU atau sebaliknya," katanya selepas merasmikan Program Pandu Lalu Bubur Lambuk Johor FM 2024 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Johor di sini.

Setakat Ahad lalu, jumlah pendaftaran PADU hanya 30 peratus membabitkan seramai 7.36 juta rakyat yang berusia 18 tahun dan ke atas.

Sementara itu, mengulas kes buli membabitkan seorang pelajar maut dipukul selepas dituduh mencuri RM85 di asrama kolej vokasional di Sabah, Aznan berkata, pihaknya mengambil perhatian bagi mengelak kejadian sama berlaku di negeri ini.

"Setakat ini belum ada keperluan untuk memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) dan semuanya bergantung dengan kelulusan pihak Kementerian Pendidikan (KKM).

"Sebenarnya guru juga menjadi 'CCTV bergerak' di asrama, selain warden dan pihak pengurusan sekolah perlu mengadakan lebih penyeliaan.

"Setakat ini warden asrama masih mencukupi iaitu seorang warden bagi setiap satu blok bangunan," katanya

Pada Jumaat lalu, mangsa yang juga pelajar kolej berkenaan, Muhd Nazmie Aizat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada jam 6.50 pagi dipercayai dibelasah rakannya.
https://www.bharian.com.my/berit ... r-sudah-daftar-padu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 02:14 PM | Show all posts
Tahniah diucapkan kepada penduduk Johor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:27 AM GMT+8 , Processed in 0.332103 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list