View: 8769|Reply: 1
|
[Kelantan]
Air kaum Temiar makin kering
[Copy link]
|
|
Laily menunjukkan bekalan tadahan air hujan di rumahnya di Kampung Merlong di RPS Kuala Betis, Gua Musang.
GUA MUSANG – Keadaan cuaca panas kering ketika ini menyebabkan penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis di sini berjimat cermat menggunakan air selepas air tandak dan telaga tiub mereka hampir kering.
Cuaca panas sejak sebulan lalu di kampung mereka menyebabkan taburan hujan kurang sehingga bekalan air harian mereka mula terjejas.
Seorang penduduk Kampung Jenut, Ali Pedik, 59, berkata, penduduk terpaksa berjalan kaki atau menunggang motosikal untuk memunggah air Sungai Betis yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka.
Katanya, cuaca panas berpanjangan menyebabkan bekalan air tandak dan air telaga tiub tidak mencukupi bagi menampung keperluan lebih 3,000 penduduk di RPS Kuala Betis di sini.
“Penduduk terpaksa berjimat cermat menggunakan air bersih yang disediakan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan menggunakan sungai yang keruh untuk kegunaan harian termasuk mandi dan membasuh pakaian.
“Peningkatan suhu melebihi 35 darjah Celsius sejak beberapa hari lalu memberi kesan kepada kami yang bergantung dengan pelbagai sumber air,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Jenut, di sini semalam.
Seorang lagi penduduk, Kuzer Kuzairi Anuar, 17, berkata, cuaca panas menyebabkan bekalan air di rumah keluarganya turut terjejas dan menggunakan punca air sungai ketika ini.
Katanya, mereka terpaksa mandi di Sungai Betis setiap hari kerana tidak mahu air tadahan mereka cepat habis.
“Kami memunggah air sungai setiap hari dan menyimpan ke dalam tangki simpanan untuk digunakan pada waktu malam.
“Kami melihat paras sungai semakin surut disebabkan cuaca panas dan bimbang jika keadaan itu berterusan menyebabkan sumber air kami terjejas,” katanya
https://www.kosmo.com.my/2024/03/26/air-kaum-temiar-makin-kering/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kita doakan yang baik-baik buat pebduduk yang terjejas dengan musim kemarau ini, semoga dipermudah segala urusan harian. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|