View: 8754|Reply: 0
|
[Perak]
Promosi along, judi 'online' di bazar Ramadan, 3 individu diburu polis
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Ipoh: Polis giat mengesan tiga lelaki yang menjalankan aktiviti mempromosi pinjaman ceti haram atau along serta judi dalam talian di kawasan Bazar Ramadan Stadium Perak, di sini, yang rakamannya tular di media sosial.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pemeriksaan dan risikan yang dibuat berpandukan kepada video berdurasi 1.01 minit yang ditularkan seorang daripada peniaga di bazar itu.
Katanya, siasatan awal mendapati tiga lelaki menjalankan kegiatan menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi dalam talian sejak tiga hari lalu.
"Semalam, salah seorang peniaga bazar Ramadan di situ membuat rakaman kegiatan lelaki terbabit. Rakaman berdurasi itu menunjukkan seorang lelaki menyebarkan kad perniagaan pinjaman wang tanpa lesen dan judi online di setiap gerai di bazar itu.
"Temu bual dengan pemilik akaun yang menularkan rakaman itu dibuat mengenai kejadian yang berlaku. Butiran kejadian sudah diperolehi dan usaha mengesan suspek yang disyaki sedang dijalankan," katanya menerusi kenyataan kepada pemberita, pagi ini.
Mohd Yusri bagaimanapun berkata, setakat ini, tiada laporan polis diterima dari mana-mana pihak berhubung kejadian itu namun tindakan masih diteruskan termasuk bagi mengesan suspek terbabit.
Terdahulu, pemilik akaun Facebook, Oppa Zuzu Kitchen yang dipercayai peniaga di Bazar Ramadan Stadium Perak memuat naik hantaran berbentuk video memaparkan kegiatan lelaki yang menyebarkan kad iklan judi dan along.
Menerusi keterangan bertulis dalam video itu, perbuatan individu yang mempromosikan aktiviti terbabit dikatakan sudah ditegur, namun pelakunya masih berdegil dengan terus mempromosikan kegiatan itu di bazar berkenaan khususnya kepada peniaga di situ.
Video itu setakat ini sudah menerima 7,700 tanda suka, dan sudah mendapat 890 perkongsian.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dividu-diburu-polis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|