View: 3741|Reply: 0
|
[Selangor]
Belum raya, jalan Bentong hala KL sudah sesak
[Copy link]
|
|
Suasana Jalan Plaza Tol Bentong menghala Gombak yang sesak dengan pelbagai jenis kenderaan
PETALING JAYA – Belum pun bermulanya cuti Hari Raya Aidilfitri, kawasan di sekitar Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak sudah mula dipenuhi dengan kenderaan yang menghala dari Pantai Timur menuju ke Kuala Lumpur.
Menerusi perkongsian di laman TikTok @NboxKuning, video rakaman udara yang memaparkan suasana sekitar Plaza Tol Bentong yang sudah dipenuhi dengan ribuan kenderaan itu diambil pada 31 Mac 2024.
Dengan kapsyen “Rehearsal raya ke,” pengguna tersebut menggambarkan situasi jalan raya yang sesak di lorong menghala Kuala Lumpur itu.
Tinjauan Kosmo di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna mendakwa bahawa kenderaan-kenderaan tersebut milik warga Pantai Timur yang berbelanja persiapan raya di ibu kota dan warga kota yang pulang menyambut Ramadan di kampung halaman.
“ Cam (macam) biasa la, sebelum raya cari baju-baju raya dekat Kuala Lumpur, selepas itu balik kampung. Tunggu dekat-dekat nak raya masa tu ramai perantau balik kampung, baru dapat suasana raya,” kata Jang.
“ Setiap Ahad Tol Bentong menghala Kuala Lumpur mana pernah lengang..ada saja manusia,” ujar seorang pengguna.
Sementara itu, ada juga pengguna yang turut mengakui kebenaran dakwaan tersebut.
“Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 9 malam. Boleh la buat raso-raso,” ujar Kinah.
“Memang jammed (sesak) pun, suami tukar laluan ikut jalan dalam. Tak lalu gombak, lalu Negeri Sembilan keluar terus Puchong,” kata Nur Rehan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ala-kl-sudah-sesak/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|