CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4211|Reply: 0

[Selangor] Ramai isteri tak pernah merasa duit raya daripada suami

[Copy link]
Post time 1-4-2024 01:49 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kurang dari dua minggu, umat Islam seluruh negara bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri, dan pastinya aktiviti memberi duit raya menjadi perkara yang ditunggu-tunggu termasuklah para isteri.

Terdapat suami yang menyediakan duit raya untuk isteri tercinta antara RM30 hingga RM1,000, malah masih ramai kaum hawa itu tidak pernah merasainya sepanjang berkahwin.

Tinjauan Kosmo! di platform media sosial hari ini mendapati, antara alasan yang diberikan oleh kaum suami adalah isteri setiap bulan sudah diberi wang belanja dan duit raya hanya untuk anak-anak serta mereka yang masih bersekolah.

Ada juga golongan isteri ini berharap mendapat duit raya daripada suami sebagai kenangan dan kemeriahan menyambut Syawal, namun 30 tahun usia perkahwinan mereka masih belum dapat merasai.

“Alhamdulilah sejak dari tahun pertama kahwin sampai sekarang dah 30 tahun berumah tangga dah bergelar nenek dua orang cucu, belum pernah dapat (duit raya dari suami),” kongsi Mozly Kartini.

“Teringin juga merasa dapat duit raya pada suami, katanya duit raya untk anak-anak dan yang masih sekolah. Tapi saya pun nak juga buat ‘rasa-rasa’, bukan minta banyak, dapat RM10 dalam sampul raya pun dah seronok,” ujar Melinda.

“Duit raya tak pernah dapat, baju raya pun tk tak pernah, semua beli sendiri. Katanya sebab saya kerja,” kata Zura.

Sementara itu, ada juga yang berkongsi tentang suami mereka menggantikan duit raya kepada menyediakan kelengkapan rumah baharu seperti membeli langsir, sofa serta pakaian raya.

“Suami kata bagi duit raya isteri tak pandai urus, dia ganti beli barang rumah baharu setiap tahun. Tahun lepas belanja sofa, tahun ni suami belanja langsir baharu,” kongsi Aziee. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... aya-daripada-suami/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.039397 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list