CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6748|Reply: 0

[Selangor] Tanah milik persendirian

[Copy link]
Post time 2-4-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro, semalam.

Kajang: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengesahkan tapak kuil berdekatan perumahan Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Desa Baru di Kajang, Selangor, adalah tanah hak milik persendirian dengan syarat nyata rumah ibadat bukan Islam (RIBI).

Pengarah Unit Perancangan Korporat dan Perhubungan Awam MPKj, Kamarul Izlan Sulaiman berkata, tanah itu direzabkan untuk Kemajuan Akan Datang berdasarkan pelan susun atur Taman Koperasi Cuepacs diluluskan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor pada 29 Oktober 1987.

Katanya, siasatan pihaknya pada 27 April 2009 mendapati, keadaan semasa tapak kosong dengan kerja pembinaan kuil belum dijalankan, namun terdapat tanda upacara keraian diadakan seperti penemuan pokok pisang di kiri dan kanan pintu masuk ke kawasan itu.

"Bagaimanapun mengikut surat Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat bertarikh 29 Ogos 2000, Permohonan Untuk Meminda Syarat Nyata Tanah Di Bawah Seksyen 124(1)(c) Kanun Tanah Negara ke atas Hakmilik HS(D) 16094 PT 5934 Mukim Cheras Daerah Hulu Langat daripada bangunan kediaman kepada bangunan kuil, diluluskan kerajaan negeri melalui Mesyuarat Exco Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bertarikh 5 Julai 2000 kepada Tetuan Koperasi Serbaguna Cuepacs.


"Salinan hak milik sementara yang didaftarkan pada 18 Januari 1988 juga menunjukkan, syarat nyata tanah adalah kuil dan dimiliki Persatuan Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman Taman Koperasi Cuepacs, Kajang," katanya kepada Harian Metro.

Semalam, Harian Metro melaporkan lebih 2,000 penduduk di Taman Koperasi Cuepacs Batu 12 dan Jalan Desa Baru di sini, menggesa kerajaan campur tangan supaya sebuah kuil yang didakwa dibangunkan di kawasan berdekatan tanpa mengikut spesifikasi dirobohkan atau dipindahkan ke lokasi lebih sesuai.

Bagaimanapun, Kamarul Izlan berkata, MPKj mengeluarkan satu Notis Pemberhentian kerja serta merta kepada Pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman pada 17 Januari lalu kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan termasuk pencerobohan jalan MPKj menggunakan jentera berat di Jalan Desa Baru 2A dan Jalan Cuepacs 5E.

"Pihak kuil diarahkan mematuhi arahan notis itu iaitu memberhentikan serta merta semua kerja tanah dan kerja pembinaan di tapak dan mendapatkan kelulusan Pelan Bangunan daripada MPKj terlebih dahulu," katanya.

Katanya, MPKj juga mengadakan satu mesyuarat pada 6 Februari lalu bagi membincangkan isu bantahan laluan keluar masuk bagi permohonan pindaan kebenaran merancang daripada persatuan pengurusan kuil untuk cadangan membina sebuah kuil satu tingkat.

"Mesyuarat dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, ahli majlis, wakil Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, polis dan jabatan teknikal dalaman MPKj dan pihak kuil.

"Hasil pertemuan itu, pihak kuil tetap perlu mematuhi garis panduan dan syarat ditetapkan MPKj.

"Sehubungan itu, mohon semua pihak terbabit merujuk MPKj terlebih dahulu untuk mendapat penjelasan berkaitan isu ini," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -milik-persendirian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.064925 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list