CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5895|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kerja selenggara babit penutupan lorong dihentikan sementara - Nanta

[Copy link]
Post time 2-4-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Semua kerja-kerja penyelenggaraan di lebuh raya membabitkan penutupan lorong akan dihentikan sementara sehingga 17 April ini, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata arahan itu berkuat kuasa bermula semalam.

"Cuma untuk kerja-kerja kecemasan, kita akan benarkan sekiranya ada keperluan. Rancang perjalanan anda sepanjang musim perayaan nanti," katanya dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Nanta memaklumkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi akan mengaktifkan laluan Smart Lane di 18 lokasi di Lebuhraya PLUS yang dikenal pasti berlaku kesesakan kritikal bagi memastikan aliran trafik lebih lancar pada sambutan perayaan itu.


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) pula menjangkakan sebanyak 2.1 juta kenderaan sehari bakal menggunakan lebuh raya kendalian syarikat itu pada 5, 6, 9, 12, 13 dan 14 April ini susulan cuti hari raya, berbanding 1.82 juta pada waktu puncak hari biasa.

Peningkatan pengguna lebuh raya itu juga susulan pemberian kemudahan tol percuma kepada semua pengguna lebuh raya bagi kenderaan Kelas 1 (persendirian) selama dua hari pada 8 dan 9 April ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kan-sementara-nanta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.038492 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list