View: 3995|Reply: 0
|
[Selangor]
300 penunggang motosikal dapat petrol percuma
[Copy link]
|
|
Cheremi (tiga dari kanan) mengisikan minyak petrol percuma ke dalam motosikal salah seorang pengunjung program di Seksyen 7, Shah Alam hari ini.
SHAH ALAM – Seramai 300 penunggang motosikal sekitar daerah ini menerima minyak petrol secara percuma daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Datuk Bandar Shah Alam, Ir.Cheremi Mohd. Tarman berkata, agihan maksimum RM10 bagi setiap penunggang tersebut adalah inisiatif dalam mengurangkan kos sara hidup mereka.
Katanya, sambutan diterima amat menggalakkan dengan pengguna motosikal dalam kalangan pekerja swasta dan pelajar universiti telah berkumpul sejam sebelum program bermula pada pukul 10 pagi tadi.
“MBSA ingin mengambil keberkatan bulan Ramadan untuk memberi sumbangan minyak petrol percuma maksima RM10 kepada 300 penunggang motosikal.
“Dalam keadaan sekarang, kos hidup yang tinggi termasuk kos pengangkutan menyebabkan penggunaan motosikal meningkat. Justeru kita menganjurkan program ini hari ini,”katanya kepada pemberita pada program Jom Isi Minyak Motosikal Percuma di Stesen Minyak Petronas Seksyen 7 di sini.
Sementara itu seorang kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Shamsul Hidayat Omar berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan minyak percuma dengan datang awal ke lokasi program tersebut.
Jelasnya yang tinggal di Seksyen 16 di sini, minyak petrol bernilai RM10 itu mampu bertahan seminggu memandangkan tempat kerjanya di UiTM Shah Alam hanya melibatkan perjalanan enam kilometer pergi dan balik.- KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... pat-petrol-percuma/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|