|
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - Foto ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan lebih dari dua individu membabitkan rakyat tempatan dan warga asing yang mempunyai kaitan dengan penangkapan seorang lelaki Israel yang memiliki enam pistol.
Walaupun tidak menyatakan jumlah individu yang diburu secara tepat, polis mengesahkan pemburuan berkemungkinan membabitkan lebih ramai dari dua individu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, identiti individu yang diburu ini adalah berdasarkan maklumat siasatan dan keterangan dari suspek yang ditahan.
Katanya, setakat ini jumlah tangkapan adalah lelaki Israel sebagai suspek utama dikenali Shalom Avitan, 38, dan pasangan suami isteri tempatan berusia 42 dan 40 tahun.
"Apa yang boleh saya nyatakan pada masa ini kita mengesan lebih dari dua individu yang kita percaya berhubung dengan suspek utama.
"Kita masih berusaha mengesan lokasi keberadaan mereka di dalam negara," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini, petang tadi.
https://www.bharian.com.my/berit ... erapa-individu-lagi |
|