CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5380|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pemilik Spanco tiba di mahkamah untuk didakwa

[Copy link]
Post time 3-4-2024 11:10 AM | Show all posts |Read mode

TAN hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah, jam 8.13 pagi.

Kuala Lumpur: Tokoh korporat, Tan Sri Tan Hua Choon tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini, pagi ini dan dijangka berdepan tuduhan berhubung kontrak perolehan syarikat membekal serta menguruskan kenderaan kerajaan.

Mengikut paparan maklumat mahkamah, pertuduhan ke atas ahli perniagaan yang juga pemilik Spanco Sdn Bhd itu akan dikemukakan di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Suzana Hussin, jam 9 pagi.

Tan hadir bertongkat dengan memakai baju kemeja dan kot biru diiringi beberapa individu sebelum memasuki lobi mahkamah, jam 8.13 pagi.

Tokoh korporat itu kelihatan tenang ketika dirakam gambar dan video oleh beberapa pengamal media yang berkumpul sejak jam 8 pagi.

Media sebelum ini melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu kediaman seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bagi siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan perolehan dan pengurusan kenderaan kerajaan bernilai RM4.5 bilion.

SPRM turut menyerbu empat syarikat termasuk pembekal kenderaan kerajaan, selain memanggil lebih 20 individu dan sudah membekukan kira-kira 80 akaun syarikat serta individu berkaitan dalam kes itu.

Selain itu, SPRM turut merakam percakapan bekas Menteri Kewangan berkait kontrak perolehan membabitkan syarikat berkenaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kamah-untuk-didakwa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.040116 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list