View: 4977|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Keracunan kupang: Keputusan makmal diketahui esok
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
SEREMBAN – Jabatan Perikanan Negeri Sembilan memaklumkan keputusan makmal bagi lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang termasuk dua kes kritikal yang berlaku di Port Dickson dijangka diketahui esok.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, selain itu, pihaknya juga telah keluarkan arahan kepada penternak untuk tidak mengeluarkan hasil ternakan kupang dan menjualnya.
“Sama seperti semalam, kami masih menunggu keputusan makmal yang dijangka keluar esok. Kami juga telah keluarkan arahan kepada penternak untuk tidak mengeluarkan hasil ternakan kupang dan menjualnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Kasim ketika mengulas kes keracunan tersebut menyatakan kes seumpama itu tidak pernah direkodkan berlaku sebelum ini di perairan Port Dickson.
Menurutnya, kebiasaannya hasil kupang secara bulanan dari perairan Port Dickson dianggarkan sekitar 60 kilogram.
“Kami akan memantau dari penternak untuk tidak mengeluarkan hasil bagi jualan ke pasaran. Malah, saranan kami sama dengan Jabatan Kesihatan Negeri untuk tidak mengambil atau memakan kupang dari perairan Port Dickson buat sementara sehingga kes ini dikenal pasti,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... mal-diketahui-esok/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|