View: 660|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Enggan keluar kereta, kanak-kanak dicederakan teman lelaki ibu
[Copy link]
|
|
JEMPOL 4 APRIL 2024.( ) Mangsa disah mengalami kecederaan akibat perbuatan teman lelaki ibunya Foto ihsan polis
Jempol: Enggan keluar dari kereta, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun mengalami lebam dan luka dipercayai dicederakan teman lelaki ibunya.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa sebelum itu dibawa oleh suspek berusia 35 tahun ke pasar raya di Bahau pada jam 8.30 malam semalam bagi membeli barang keperluan tanpa ditemani ibunya.
Katanya, apabila mangsa dihantar pulang oleh suspek pada 10.10 malam, nenek mangsa mendapati dia dalam keadaan menangis sebelum membuat pemeriksaan ke atas cucunya itu.
"Warga emas berusia 66 tahun itu mendapati kesan luka pada bibir, kesan merah pada kedua-dua belah telinga, kesan lebam pada lengan kiri dan mengesyaki mangsa dicederakan.
"Nenek mangsa kemudian cuba menghubungi anaknya bagi bertanyakan apa yang berlaku namun gagal disebabkan sudah keluar dengan suspek sebelum warga emas itu membuat laporan pada jam 12.10 malam di Balai Polis Bahau," katanya.
Hoo berkata, mangsa dihantar ke Hospital Jempol bagi menjalani pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka pada gegendang telinga kiri, lebam kedua-dua telinga, luka pada bibir bawah, muka dan lengan kiri.
Katanya, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut.
"Suspek yang sudah tiga bulan menjadi teman lelaki ibu mangsa kemudian ditahan bagi membantu siasatan dan suspek mengaku mencederakan mangsa ketika berada di dalam kereta di hadapan sebuah pasar raya.
"Suspek bertindak mencederakan mangsa disebab mangsa enggan mengikutnya keluar dari kereta dan berang selepas jari telunjuk kirinya digigit mangsa sehingga berdarah," katanya.
Hoo berkata, suspek yang bekerja sebagai mekanik direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 10 April bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-teman-lelaki-ibu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|