CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7167|Reply: 4

Dapat Cincin Berlian Kerana Selamatkan Kanak-Kanak Di Jalan Raya

[Copy link]
Post time 6-4-2024 06:09 AM | Show all posts |Read mode





RIYADH – Seorang lelaki Arab Saudi dipuji dan menerima pelbagai  hadiah mewah selepas berita dia menyelamatkan seorang kanak-kanak daripada dilanggar di luar  Riyadh tersebar meluas, lapor portal berita Gulf News semalam.


Sebelum ini, tular rakaman video menunjukkan lelaki bernama Abdullah Al Anzi itu memberhentikan keretanya apabila melihat seorang kanak-kanak berjalan di tengah jalan raya di bandar Al Kharj, tenggara Riyadh.


Dia menghentikan keretanya untuk membolehkan kanak-kanak tersebut  melintas dengan selamat.


Ketika Al Anzi berbuat demikian, dia melihat sebuah kereta dipandu laju menuju ke arah kanak-kanak itu.


Dia pantas mengalihkan kenderaannya sekali gus menghalang kereta tersebut yang kemudian merempuhnya dalam usaha menyelamatkan mangsa. budak lelaki tersebut tidak cedera dalam kejadian itu.


Laman berita Arab Saudi,  Al Marsd melaporkan bahawa sebuah kedai barangan kemas  menghadiahkan sebentuk cincin berlian kepada  Al Anzi dan turut memberikan sebutir lagi kepada ibu budak itu.


Seorang ahli perniagaan, Sheikh Hazah Aba Al Rus turut memberikan hadiah berupa wang tunai, pedang, kuda Arab dan jubah tradisional kepadanya.


Al Anzi turut mendapat lebih banyak hadiah termasuk tawaran untuk membaiki keretanya selain insurans dan bekalan petrol selama setahun. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Masya Allah! Rezeki dia...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
uishhh.. rezeki datang bergolek2 melimpah ruah.. untung jadik viral kt negara arab eh..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2024 01:26 AM | Show all posts
hokeypokey: uishhh.. rezeki datang bergolek2 melimpah ruah.. untung jadik viral kt negara arab eh..

ok sis. i jadi pemandu arab yang selamatkan kanak2. u jadi pemandu kereta yang di pandu laju arah kanak2.
nanti untung kita bahagi dua.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah kenapa mak budak tu pun dapat sebutir cincin pulak. patut buleh didakwa atas kecuaian jaga anak. Ini dapat hadiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.209668 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list