CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5832|Reply: 0

[Johor] 'Rindu nasi ayam arwah ibu'

[Copy link]
Post time 6-4-2024 04:08 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Muar: Kemeriahan menyambut Aidilfitri kini hanya tinggal kenangan buat Abdur Rahman Amir Ruddin, 20, dan adiknya, Abdullah, 16, selepas kehilangan ibu dan bapa serta empat adik-beradik yang lain dalam nahas tragik di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada 1 September lalu.

Abdur Rahman berkata Ramadan dan Syawal tahun ini cukup berbeza apabila buat pertama kali ia disambut tanpa insan tersayang di sisi, malah dia merindui juadah 'air tangan' ibunya yang menjadi kegemaran mereka sekeluarga untuk dinikmati pada pagi raya iaitu nasi ayam.

Menurutnya masih utuh dalam ingatan bagaimana arwah ibunya, Norahimah Noor Muhamad menghidangkan juadah berkenaan, manakala ayah, Amir Ruddin Ismail serta empat adiknya menikmati nasi ayam istimewa itu dengan penuh gembira.

"Kini semua itu hanya tinggal kenangan, cukup berbeza apabila mereka semua sudah tiada. Perkara paling indah dan tidak akan saya lupakan ketika Ramadan ialah berbuka puasa serta menunaikan solat terawih bersama.


"Nak sedih sangat pun tak boleh…tetapi itulah hakikat yang perlu saya dan Abdullah terima, sudah tujuh bulan tanpa mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman ibu saudaranya di Kampung Parit Lapis Darat, Parit Jawa di sini hari ini.

Menurut Abdur Rahman, dia dan Abdullah akan menziarahi kubur ibu, ayah serta empat adik-beradik mereka setiap kali rindu bertandang, manakala Abdullah tidak putus-putus bercerita tentang ibu mereka tersayang.

"Setelah ketiadaan ibu dan ayah, kami kini menumpang kasih dengan ibu saudara yang merupakan adik ibu, Norahila, 39, bersama suaminya Mohd Hairul Nor Muhammad, 54, dan nenek, Norliah Md Noh, 77.

"Mereka semua menjaga kami dengan penuh kasih sayang dan menjadi tempat bergantung serta mengadu apabila kami berasa rindu kepada ibu dan ayah," katanya.

Abdur Rahman kini sedang melanjutkan pengajian di Open University (OUM) Batu Pahat serta mengajar secara sambilan di Sekolah Rendah Islam At-Tanwiriah, Parit Jawa, manakala Abdullah adalah pelajar tahfiz di Sekolah Menengah Agama At-Tanwiriah.

Pada 1 Sept lepas, pasangan suami isteri Amir Ruddin, 46, dan Noorahimah, 43 serta empat anak mereka Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dilapor meninggal dunia apabila kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka bertembung dengan lori.

Abdullah pula terselamat dalam nahas pada kira-kira 6.30 petang itu dan kritikal sejak hari kemalangan, namun mula menunjukkan perkembangan positif sepanjang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat dan kini sihat serta telah kembali bersekolah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... nasi-ayam-arwah-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.511542 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list