View: 4363|Reply: 0
|
[Johor]
Dua beranak, seorang wanita Indonesia didakwa eksploitasi dua wanita untuk seks
[Copy link]
|
|
Tin Chee Keng dibawa kemahkamah atas dakwaan pemerdagangan orang di Mahkamah Sesyen Johor Bahru disini. -Foto RAJA JAAFAR ALI
JOHOR BAHRU – Pasangan ibu dan anak antara tiga yang dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lalu.
Turut dituduh bersama mereka adalah seorang wanita warga Indonesia. Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh.
Ketiga-tiga tertuduh iaitu Lu Yon Moi, 65; Tin Chee Keng, 42, dan Nurul Hasanah, 26, hanya mengangguk tanda fahaman ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, A. Shaarmini.
Berdasarkan pertuduhan pertama, ketiga-tiga mereka secara bersama telah memperdagangkan seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun, bagi maksud eksploitasi seks dengan cara perdayaan di Kampung Baru Masai, Pasir Gudang pada pukul 9 malam antara 17 hingga 20 Mac lalu.
Ketiga-tiga mereka turut didakwa melakukan perbuatan sama ke atas seorang wanita tempatan berketurunan Iban yang berusia 29 tahun di sebuah kedai urut dalam kawasan Seri Alam, di sini pada pukul 3 petang, pada 14 hingga 19 Mac lalu.
Kedua-dua pertuduhan tersebut dibina mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh didenda.
Timbalan Pendakwa Raya, R. Kodesviary memohon jumlah jaminan ditetapkan sebanyak RM30,000 setiap seorang.
Namun, ketiga-tiga tertuduh yang diwakili peguam, Baharudin Baharim, meminta jumlah jaminan itu diturunkan.
Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 setiap seorang dengan dua penjamin untuk Yon Moi dan Chee Keng, manakala Nurul Hasanah pula diberi ikat jamin sebanyak RM30,000 dengan dua penjamin.
Mahkamah turut mengarahkan kesemua mereka menyerahkan pasport antarabangsa.
Shaarmini kemudian menetapkan tarikh 8 Mei untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -wanita-untuk-seks/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|