CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4437|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Lebih 16,000 kg daging terjual di Program Mantai Rayo

[Copy link]
Post time 7-4-2024 02:34 PM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN Harun merasmikan Program Mantai Rayo 2024 di Sikamat hari ini. FOTO Mohd Amin Jalil

Seremban: Program Mantai Rayo 2024 anjuran Kerajaan Negeri Sembilan yang dijalankan di seluruh negeri ini mendapat sambutan memberangsangkan apabila lebih 16,000 kilogram (kg) daging lembu dan kerbau segar habis dijual dalam tempoh kurang tiga jam, hari ini.

Program berkenaan diadakan di 20 lokasi di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, daging dijual pada harga RM36 sekilogram (kg) berbanding harga pasaran antara RM41 dan RM42 kg mendorong orang ramai memilih lokasi program Mantai Rayo bagi mendapatkan bekalan daging.

"Sekurang-kurangnya 1,000 kg daging dijual di setiap lokasi dan saya dimaklumkan habis dijual dalam tempoh antara dua ke tiga jam.


"Ini program tradisi tahunan masyarakat Negeri Sembilan yang diadakan saban tahun sejak sekian lama dalam membuat persiapan menjelang Aidilfitri dengan memasak rendang, membuat lemang dan ketupat.

"Seawal selepas solat Subuh, orang ramai sudah berada di kawasan lokasi program untuk mendapatkan daging.

"Sebagai contoh di sini (Sikamat), sebanyak 1,000 kg daging disediakan dan dalam tempoh dua jam sudah habis dijual," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Mantai Rayo 2024 di perkarangan Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat, di sini, hari ini.

Pada majlis sama, Aminuddin turut menyampaikan bantuan Rezeki Tani kepada penduduk yang terpilih.

Katanya, program itu juga dijalankan serentak dengan Jualan Ladang Nismilan Prihatin, Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah.

"Saya puas hati program jualan ini dapat membantu orang ramai kerana harga yang ditetapkan rendah berbanding di pasaran sekali gus dapat meringankan beban pengguna," katanya.

Pengunjung, Mohamad Salleh Ahmad, 60, menyambut baik program berkenaan kerana menawarkan barangan keperluan pada harga rendah.

"Selain itu, minyak masak peket dijual pada harga RM2 sepeket berbanding harga pasaran RM2.50 manakala barangan lain seperti bawang, telur ayam dan sayur-sayuran juga dijual pada harga rendah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... program-mantai-rayo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 07:06 PM GMT+8 , Processed in 0.074841 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list